Publication: Analisis Takhrij Hadis Di IPT-IPT Malaysia: Kajian Kes Di Kuis
dc.contributor.author | Farhah Zaidar Mohamed Ramli | en_US |
dc.contributor.author | Phayilah Yama @ Fadilah Zakaria | en_US |
dc.contributor.author | Zainora Daud | en_US |
dc.contributor.author | Farah Nur Rasyida Rosnan | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-28T04:23:09Z | |
dc.date.available | 2024-05-28T04:23:09Z | |
dc.date.issued | 2016 | |
dc.description | Volume: 3 No:3 | en_US |
dc.description.abstract | Sukar dinafikan bahawa penguasaan kemahiran takhrij hadis dalam kalangan penulis genre ilmiah bidang pengajian Islam adalah begitu penting. Penulisan latihan ilmiah, kertas projek, tesis, disertasi, jurnal dan seumpama dengannya memerlukan keseriusan dalam mengenal pasti kejelasan sumber dan status hadis terlebih dahulu sebelum ianya dinukilkan sebagai dalil penghujahan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber-sumber rujukan takhrij hadis dan keasliannya dalam penulisan genre ilmiah terdiri daripada kertas projek yang dihasilkan oleh pelajar Syariah dan Undang-undang di Institut Pengajian Tinggi terpilih di Malaysia iaitu KUIS. Kajian juga menganalisis bilangan hadis serta pernyataan statusnya yang telah dirujuk sebagai hujah. Kajian turut mengkaji sejauhmana kecekapan takhrij hadis dan kepatuhan menuruti formatnya oleh pelajar IPT terbabit serta faktor-faktor kecekapan mahu pun kelemahan tersebut. Kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian kes. Instrumen pengumpulan data kajian adalah menerusi analisis dokumen dan temubual. Penganalisaan data dilakukan secara deskriptif. Sampel kajian melibatkan 50 buah kertas projek yang dihasilkan pada tahun 2014 sahaja. Dapatan keseluruhan menunjukkan aplikasi takhrij hadis dalam penulisan pelajar terbabit adalah masih terdapat kekurangan dan kelemahan tertentu. Kekurangan tersebut adalah dalam aspek tiadanya konsistensi pentakhrijan hadis yang standard dalam penulisan kertas projek pelajar sekali pun mereka berpotensi serta mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemudahan untuk melakukannya. Penemuan kajian signifikan dalam mendorong semua pihak sama ada pelajar, penyelia atau pengurusan institusi menggembleng tindakan secara kolektif untuk memastikan pentakhrijan hadis dalam penulisan kertas projek pelajar tidak lagi mengalami sebarang kecuaian atau ketidakpatuhan yang kurang wajar. | en_US |
dc.identifier.epage | 84 | |
dc.identifier.issn | 2289-7909 | |
dc.identifier.issue | 3 | |
dc.identifier.spage | 64 | |
dc.identifier.uri | http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2016/09/DR-FARHAH-64-84.pdf | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/5470 | |
dc.identifier.volume | 3 | |
dc.language.iso | en_US | en_US |
dc.publisher | Kolej Universiti Islam Selangor | en_US |
dc.relation.ispartof | e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi KUIS | en_US |
dc.subject | Takhrij hadis, IPT Malaysia, kajian kes, KUIS | en_US |
dc.title | Analisis Takhrij Hadis Di IPT-IPT Malaysia: Kajian Kes Di Kuis | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Analisis Takhrij Hadis Di IPT-IPT Malaysia Kajian Kes Di Kuis.pdf
- Size:
- 513.26 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format