Options
Pembinaan, Kesahan dan Kebolehpercayaan Modul Kaunseling Kelompok berdasarkan Teknik Surah Lukman (Ayat 12 hingga 19) terhadap Murid Sekolah Menengah
Journal
International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC)
Date Issued
2023
Author(s)
Mohd Ropizam bin Mohamad Zainun
Muhammad Nubli bin Abdul Wahab
Abdul Rashid Bin Abdul Aziz
DOI
10.15282/ijhtc.v8i2.9867
Abstract
Kaunseling kelompok merupakan proses penting dalam program bimbingan perubahan tingkah laku. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan Modul Kaunseling Kelompok Berdasarkan Teknik Surah Lukman (ayat 12 hingga 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah. Modul ini mengandungi 8 komponen utama iaitu konsep bersyukur, kemantapan akidah, nasihat secara berhikmah, penjelasan tentang ganjaran pahala dan dosa, bimbingan menunaikan solat, larangan bertingkah laku sombong dan membangga diri, cara berjalan, dan sentiasa mengingati tentang pengakhiran hidup. Melalui lapan aspek hikmah ini dibangunkan lapan aktiviti utama yang merangkumi elemen ibadah, akidah dan akhlak untuk membantu murid membuat perubahan tingkah laku positif. Pembangunan modul ini yang menggabungkan pelbagai bidang teras utama ilmu psikologi, kaunseling, dan agama dapat meningkatkan profesional perkhidmatan kaunseling di Malaysia bagi membantu murid sekolah membuat perubahan tingkah laku positif. Kesahan modul ini dijalankan oleh 10 orang pakar dalam pelbagai bidang kaunseling dan psikologi pendidikan. Modul ini telah diuji terhadap 30 orang murid sekolah menengah dalam tempoh dua bulan secara berturut-turut. Hasil maklum balas daripada pakar penilai, modul ini sesuai digunakan terhadap sampel murid. Keberkesanan modul ini terhadap murid telah dinilai melalui data koheran biomaklumbalas untuk melihat kesan perubahan hati yang dilakukan oleh murid setelah melalui aktiviti dalam modul ini.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembinaan, Kesahan Dan Kebolehpercayaan Modul Kaunseling Kelompok Berdasarkan Teknik Surah Lukman (ayat 12 Hingga 19) Terhadap Murid Sekolah Menengah.pdf
Size
485.35 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):ba86975ba1faca8fb31235ba41771b35