Publication: Covid-19 Cabaran Dan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Teradun
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM
Abstract
Pengenalan-Penggabungan penggunaan media digital dengan kaedah tradisional (chalk
and talk, tugasan, nota, tayangan video, youtube) secara dalam talian telah menjadi satu
platform penting kepada semua guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) secara formal dan tidak formal semasa COVID-19. Namun, untuk merealisasikan
medium baharu ini dalam kalangan guru, banyak persoalan yang perlu ditangani dengan
bijak oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan semua pihak.
Objektif – Kertas kerja ini dilaksanakan untuk mendalami fenomena yang berlaku dari
segi cabaran dan pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian sewaktu tempoh perintah
kawalan pergerakan pemulihan (PKPP). Selain itu, objektif kajian ini juga adalah untuk
mengenal pasti langkah dan inisiatif yang dilaksanakan oleh KPM dalam PdP.
Methodologi – Metod yang digunakan adalah kaedah kualitatif dengan mendapatkan
sumber data daripada kajian-kajian lepas, catatan perkembangan pembelajaran teradun
daripada kumpulan-kumpulan e-didik, di bawah KPM, telegram, laman web, petikan dan
berita dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Dapatan – Cabaran yang didapati adalah bukan semua kawasan kediaman murid-murid
mendapat liputan internet terutama mereka yang tinggal di pedalaman. Cabaran seterusnya
ialah keluarga yang kurang berkemampuan. Melalui penyediaan bahan PdP yang kreatif
dan berinovasi, para guru telah mendapat sokongan daripada pihak KPM kerana berjaya
melaksanakan PdP secara dalam talian sekali gus guru dapat menjana cara berfikir muridmurid di luar kotak. Penggunaan media digital tidak mengira jarak dan masa kerana
penyampaian ilmu merupakan tanggugjawab dan amanah hakiki para pendidik kepada
masyarakat.Walaubagaimanapun, bukan semua kawasan mendapat liputan terutama yang
tinggal di pedalaman.Terdapat juga keluarga yang kurang berkemampuan sukar
menyediakan kemudahan data dan gadget untuk anak-anak mereka meneruskan PdP secara
maya ini.
Kepentingan – Memberikan pendedahan kepada guru-guru dengan kursus-kursus dan
latihan pengajaran yang mengintegrasikan teknologi digital secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan memberikan panduan kepada KPM untuk
menggubal atau menambah baik kurikulum pendidikan dengan mengintegrasikan elemenelemen lain merangkumi pengetahuan teknologi dalam pengajaran.
Description
Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia (MEDC 2020): “Ke Arah Menginsankan Pendidikan di Malaysia / Penyunting Hishomudin Ahmad, Noor Saazai Mat Saad, Rahimah Saimin, Kirembwe Rashid Abdul Hamed, Noorhayati Hashim, Sarifah Nurhanum Syed Sahuri, Zarina Ashikin Zakaria, Nur Shahadah Mohd Surbani
11-12 November 2020 (Seminar Dalam Talian)
Anjuran : Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM & Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam Malaysia
Keywords
Pengajaran dan Pembelajaran Teradun, teknologi digital, kreatif, inovasi