Options
Kebebasan Media Di Malaysia Dari Konteks Sosial
Date Issued
2022-12
Abstract
Kebebasan media dari dulu hingga kini masih sering dipersoalkan. Persoalan tentang ketelusan dan konten yang dikawal di Malaysia banyak membicarakan tentang isu pemilikan agensi media itu sendiri serta kepentingan pemegang sahamnya. Namun, apakah yang membezakan media Malaysia dengan negara lain? Apakah keperluan kepada limitasi yang berupa kawalan konten ini? Kertas ini membincangkan tentang keperluan kawalan konten dalam media di Malaysia dari segi konteks sosial di mana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Melalui temuduga bersama 10 orang pengamal media di Utusan Malaysia dan The Star, satu analysis telah dilakukan dengan menggunakan perisian Nvivo melalui pembahagian tema dari konteks sosial. Dapatan kajian mendapati betapa perlunya kawalan konten dalam berita yang ditulis di media berikutan perbezaan yang terdapat dalam lapisan masyarakat majmuknya. Dapatan ini diharap dapat membuka minda orang ramai tentang keperluan kawalan ini mengikut situasi dan keadaan yang berbeza.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Kebebasan Media Di Malaysia Dari Konteks Sosial.pdf
Size
197.66 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6652f79aa7b2fbfe758a86c70ce83557