Options
Ketokohan Sa’Id Nursi Dalam Pentafsiran Berhubung Sunnah: Kajian Teks Dalam Rasail Al-Nur
Date Issued
2020-10-29
Author(s)
Muhammad Yusry Affandy Md Isa
Faid Zulkifli
Abstract
Kajian kualitatif ini menampilkan analisis ketokohan Sa’id Nursi dalam pentafsiran berhubung Sunnah
dalam karya utamanya Rasail al-Nur. Karya ini banyak memuatkan dalil-dalil naqli terutama ayat al Quran, kisah teladan dan pengajaran untuk penghayatan masyarakat. Kajian ini penting dalam
menganalisis keistimewaan dan kelebihan Sa’id Nursi dalam mentafsirkan ayat al-Quran yang
mempunyai kaitan dengan nas Sunnah. Pendekatan ini merupakan salah satu kaedah terpenting dalam memahami wahyu. Objektif kajian mensasarkan untuk menerangkan latar belakang Said Nursi sebagai tokoh pentafsir al-Quran dan menganalisis pendekatannya dalam pentafsiran berhubung Sunnah. Kajian dijalankan dengan dua kaedah utama iaitu kaedah pengumpulan data dan kaedah penganalisisan data. Menerusi kaedah pengumpulan data, pengkaji mendapatkan data menerusi kaedah kajian kepustakaan bagi mendapatkan beberapa teori dan fakta berasaskan sampel kajian utama iaitu Rasail al-Nur, kitab ilmiah, jurnal dan bahan bertulis. Kaedah penganalisisan data pula dijalankan sebagai proses dalam menghuraikan bentuk pentafsiran Sa’id Nursi yang berhubung Sunnah berpandukan kaedah induktif dan kaedah deduktif. Dapatan kajian menunjukkan Sa’id Nursi mempunyai kelimuan dalam memahami Sunnah. Pentafsirannya adalah berasaskan maksud-maksud hadith. Terdapat beberapa aspek kekurangan seperti pendalilan Sunnah secara separa sempurna seperti hadith tanpa takhrij, hadith yang dha’if dan kurang menampilkan teks hadith. Kajian ini turut mendapati Rasail al-Nur dihasilkan berasaskan pemikiran Sa’id Nursi yang cenderung terhadap Sunnah walaupun perbahasan karya ini arah tema kerohanian. Teks atas rujukan Sunnah adalah lebih mendominasikan pentafsiran berbanding rujukan kitab Tasawuf.

File(s)
Loading...
Name
BM013 - Ketokohan Sa’Id Nursi Dalam Pentafsiran Berhubung Sunnah Kajian Teks Dalam Rasail Al-Nur.pdf
Description
Ketokohan Sa’Id Nursi Dalam Pentafsiran Berhubung Sunnah: Kajian Teks Dalam Rasail Al-Nur
Size
436.24 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):89fad53cef0f7419fa47e9e5da5270b6