Publication: Faktor Penglibatan Kesukarelawanan: Analisis Tinjauan Literatur Sistematik
Loading...
Date
2023
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Khidmat kesukarelawananmerupakan suatu usaha berterusan yang menyumbang ke arah pembangunan dan kesejahteraan sesebuah negara. Ia bermula dengan minat yang digerakkan secara individu atau berkumpulan bagi mendepani cabaran sosialmasyarakat.Namun begitu,kajian khidmat sukarelawan dalam bidang Dakwah OKU amat kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini memfokuskan kepada literatur berkaitan faktor-faktor penglibatan khidmat kesukarelawanan dalam kajian terdahuludan seterusnya ia akan mengintegrasikan penemuan kajian lepas bagi meneroka khidmat kesukarelawanan Dakwah OKU untuk dikaji. Metode kajian kualitatif ini menerapkan reka bentuk analisis dokumen dan berpandukan tinjauan literatur sistematik sebagai landasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat faktor-faktor tertentu seseorang individu melibatkan diri dalam khidmat kesukarelawanan. Dapatan juga menunjukkan bahawa kajian-kajian lepas lebih menumpukan khidmat sosial masyarakat selain Dakwah OKU. Oleh yang demikian, kajian khidmat kesukarelawanan yang memfokuskan kepada Dakwah OKU wajar diketengahkan seterusnya berupaya mewujudkan anggota masyarakat yang penyayang, bertanggungjawab serta tidak mementingkan diri sendiri bukan hanya kepada golongan tipikal bahkan juga kepada komuniti OKU.
Description
Keywords
Kesukarelawanan, Faktor-faktor Penglibatan kesukarelawanan, UlasanSistematik
Citation
Nik Shabery, N. F., BINTI JA’AFAR, N. J., Nusairah Ramli, & Aizan Sofia Binti Amin. (2023). Faktor Penglibatan Kesukarelawanan: Analisis Tinjauan Literatur Sistematik : Factors of Voluntary Involvement: A Systematic Literature Review (SLR) . Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 7(1), 54-65. https://doi.org/10.33102/jqss.vol7no1.179