Publication:
Dinamika Undang-Undang Tanah Adat Di Negeri Sembilan: Kajian Perkembangan Dan Isu Undang-Undang

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Adat Perpatih yang menjuraikan keturunan nasab sebelah ibu merupakan pegangan utama dalam struktur pentadbiran tanah adat di Negeri Sembilan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sejarah perkembangan undang-undang tanah adat di Negeri Sembilan khasnya yang keseluruhannya diadaptasi daripada perbilangan adat. Tumpuan utama dalam perbincangan kertas kerja ini merangkumi undang-undang yang berkaitan dengan sistem tanah Adat Perpatih seperti perlembagaan, Kanun Tanah Negara, Enakmen Pemegangan Tanah Adat dan juga Akta Pengambilan Tanah. Kajian yang dibuat adalah berdasarkan penyelidikan kepustakaan dan juga hasil temubual dengan beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan tanah adat. Konklusi kertas kerja ini menggariskan pemahaman berkenaan perkembangan dan isu perundangan berkaitan tanah adat di Negeri Sembilan sejak zaman penjajahan hingga ke hari ini. Adat perpatih which is based on matrilineal lineage forms the main structure of the administration of customary land in Negeri Sembilan. This paper aims to to study the development of customary land law in particular the state of Negeri Sembilan, which is generally derived from customary sayings/idioms (perbilangan adat). The main focus of discussion in this paper comprises of the laws relating to customary land law in Adat Perpatih such as the Federal Constitution, National Land Code, Customary Tenure Enactment and the Land Acquisition Act. This study applies library based research and interview of relevant key individuals who are directly involved in customary land law. It concludes with a developed understanding on the evolution and legal issues pertaining to customary land in Negeri Sembilan since the colonial era until the present day.

Description

Keywords

Adat perpatih, tanah adat, sejarah undang-undang, undang-undang tanah

Citation