Options
Amalan Terbaik Pelaksanaan Sertu dalam Industri Halal di Malaysia
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2021
Author(s)
Sumaiyah Abdul Aziz
Mohd Mahyeddin Mohd Salleh
Mustafa ‘Afifi Abdul Halim
Hasdhatul Nor Aliah Md Said
Abstract
Pelaksanaan sertu menjadi semakin penting bagi industri sederhana dan besar di Malaysia yang ingin mendapatkan pensijilan halal. Walaupun sertu bukanlah sesuatu yang wajib dilakukan, syarikat perlu mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) secara bertulis berkaitan sertu sebagai persediaan sekiranya berlaku ketidakakuran yang perlu kepada proses sertu (jika berkaitan) dan ini digariskan sebagai salah satu keperluan dalam Sistem Jaminan Halal (HAS), Sistem Pengurusan Halal Malaysia 2019. Artikel ini bertujuan untuk melihat amalan terbaik pelaksanaan sertu dalam industri halal di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif, dengan menumpukan kepada kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen, temubual bersemuka dan pemerhatian secara langsung. Terdapat lapan dapatan yang diketengahkan dalam kajian ini iaitu keperluan garis panduan khusus bagi setiap skim halal; prosedur dan pengurusan sertu; peluang kerjaya sebagai jurusertu yang bertauliah; keperluan kepada penganjuran kursus/latihan sertu; cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan proses sertu; fi pengurusan dan khidmat sertu; pangkalan data penyedia perkhidmatan sertu dan inovasi dalam menjalankan sertu. Kajian ini mencadangkan agar JAKIM dan JAIN/MAIN menambahbaik dan memantapkan garis panduan sertu yang sedia ada demi kebaikan industry halal di Malaysia.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Amalan Terbaik Pelaksanaan Sertu dalam Industri Halal di Malaysia.pdf
Size
761.91 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):9fb4457d345f55dbe5b80f89c2b28e49