Options
Sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam Bidang Pengajaran Ilmu Al-Quran dan Sunnah
Date Issued
2024
Author(s)
Hidayatul Syuhada Binti Zulkarnain
Nur Khalis Aisyah Binti Abdul Halim
Noraisyatul Umairah Binti Sohaimi
Syed Najihuddin Syed Hassan
Abstract
Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz bin Nik Mat adalah seorang tokoh penting dalam dunia politik dan agama di Malaysia. Beliau dikenali atas pengetahuannya yang mendalam tentang tafsiran ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW serta kecenderungannya untuk merujuk kepada kedua sumber hukum tersebut dalam menyokong setiap hujah dan tindakannya. Melalui pengetahuan dan pengajaran beliau, Tok Guru Nik Abdul Aziz mendorong masyarakat untuk memahami, menghormati, dan mengamalkan ajaran-ajaran Al-Quran dan hadissebagai panduan yang penting dalam kehidupan mereka. Walaubagaimanapun, terdapat keperluan untuk menelusuri dengan lebih mendalam tentang cara beliau mempengaruhi persepsi dan amalan masyarakat terhadap ajaran Al-Quran dan Sunnah, serta kesannya bagi mengukuhkan pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap makna sebenar yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah. Oleh yang demikian, kajian ini dibuat bertujuan untuk menganalisis sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam bidang Al-Quran dan Sunnah dengan meneliti pengaruh, peranan, serta kesannya terhadap penyebaran ilmu Al-Quran dan Sunnah dalam kalangan masyarakat. Kajian ini menggunakan metod analisis kandungan terhadap ceramah, tulisan, dan wawancara untuk memahami kaedah pengajaran beliau tentang nilai-nilai Al-Quran dan Sunnah serta kesannya terhadap masyarakat. Selain itu, metod kualitatif seperti analisis wacana juga turut digunakan bagi memahami pengaruh dan natijah daripada pesanan -pesanan beliau kepada masyarakat. Dapatan kajian ini menunjukkanbahawa sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang begitu menyerlah dan signifikan dalam menyebarkan pemahaman dan pengamalan Al-Quran dan Sunnah dalam kehidupan, serta menegaskan pengaruh dan nilai-nilai yang kuat bagi generasi seterusnya.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Sumbangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dalam Bidang Pengajaran Ilmu Al-Quran dan Sunnah.pdf
Size
389.17 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):289c33201d594e97b9032f2ce6b31e19