Options
Manhaj Fatwa Dar Al-Ifta' Al-Misriyyah dan Institusi Fatwa Malaysia: Analisis Perbandingan
Date Issued
2024
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan manhaj fatwa yang diamalkan oleh Dar al-Ifta' al- Misriyyah di Mesir dan institusi fatwa di Malaysia dalam pengeluaran fatwa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa meskipun kedua-dua institusi berkongsi asas prinsip fiqh yang sama iaitu keutamaan kepada
mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah dan terdapat perbezaan dari segi pendekatan manhaj fatwa. Dar al-Ifta' al-Misriyyah mengamalkan dasar keterbukaan mazhab yang cenderung mengutamakan pendekatan kekuatan dalil, merealisasikan maqasid syariah dan memenuhi maslahah ummah dalam pengeluaran fatwa manakala majoriti institusi fatwa di Malaysia lebih mengutamakan Qaul Muktamad dalam mazhab Syafi’e sebagai manhaj utama dalam pengeluaran fatwa sebelum berpindah kepada Qaul Muktmad mazhab yang lain atau ijtihad berdasarkan maslahah dan maqasid syariah. Selain itu, kajian ini mendapati terdapat beberapa persamaan manhaj fatwa antara Dar al-Ifta' al-Misriyyah dan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis. Kajian ini memberikan sumbangan penting dalam memahami dinamika institusi dan keputusan fatwa dan peranan mereka dalam menyelesaikan isu-isu kontemporari di dunia Islam.

Subjects
File(s)
Loading...
Name
Manhaj Fatwa Dar Al-Ifta' Al-Misriyyah dan Institusi Fatwa Malaysia Analisis Perbandingan.pdf
Size
354.6 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):97e63abc2c3d456ae37a9cd216bdd7eb