Options
Kefahaman Akidah di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir: Kajian Perintis di Daerah Temerloh dan Maran, Pahang
Journal
Journal of Fatwa Management and Research
Date Issued
2016
Author(s)
Irwan Mohd Subri
Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razal
Walid Mohd Said
Universiti Sains Islam Malaysia
Amir Shaharuddin
Mohd Aizuddin Abdul Aziz
Mohd Azhar Ibrahim Resedi
Mohd Nur Adzam Rasdi
Universiti Sains Islam Malaysia
Bilal Jailani
DOI
10.33102/jfatwa.vol8no1.55
Abstract
Penghujung tahun 2014, Malaysia khususnya di Pantai Timur telah dilanda banjir besar yang luar biasa. Mangsa-mangsa yang dipindahkan dan ditempatkan di pusat pemindahan melebihi dua ratus ribu orang. Situasi yang penuh dengan cabaran dan dugaan itu amat berkait berkait rapat dengan konsep-konsep akidah seperti iman terhadap qadak dan qadar, bencana sebagai ujian dan kefahaman tawakal. Untuk mengetahui tahap kefahaman warga pusat pemindahan terhadap isu-isu ini, satu kajian perintis kuantitatif berbentuk soal selidik telah dijalankan ke atas 18 orang. Pemilihan responden dibuat menggunakan kaedah persampelan mengikut kesenangan (convenience sampling). Dengan menjadikan daerah Temerloh dan Maran sebagai lokasi kajian, ketiga-tiga tema yang diuji menunjukkan nilai min yang tinggi, sekaligus memberi makna bahawa responden mempunyai tahap kefahaman akidah yang tinggi.
File(s)
Loading...
Name
Jurnal of Fatwa and Management Research_JURNAL_VOL 8_Kefahaman akidah di pusat pemindahan mangsa banjir _Kajian perintis di Daerah Temerloh dan Maran Pahang.pdf
Size
363.34 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):faec028860167f0939282521b4a77cbc