Publication: Pembinaan Modul Regulasi Emosi Menurut Perspektif Islam: Analisis Keperluan
Loading...
Date
2020-10-15
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kajian ini mengenal pasti pendekatan regulasi emosi yang lebih efektif bagi golongan belia, keperluan membangunkan modul regulasi emosi menurut perspektif Islam dan elemen yang diperlukan menurut pandangan pakar dan belia. Sarjana Barat telah banyak membincangkan tentang regulasi emosi. Walau bagaimana pun, aspek kerohanian kurang ditekankan dalam membincangkan tentang regulasi emosi. Modul ini akan dibangunkan dengan mengambil kira pandangan pakar dan belia setempat sejajar dengan aspek agama, nilai dan budaya masyarakat Melayu Islam di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk dan pembangunan yang dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu, (i)fasa analisis keperluan; (ii)fasa rekabentuk dan pembangunan dan (iii)fasa pelaksanaan dan penilaian. Artikel ini akan membincangkan dapatan kajian bagi fasa pertama iaitu fasa analisis keperluan. Lima orang informan yang terdiri dari 3 orang pakar dalam bidang psikologi Islam dan dua orang belia telah dipilih untuk menyertai kajian ini. Lokasi kajian adalah di negeri Selangor, Malaysia. Kesemua informan bersetuju pembangunan modul regulasi emosi berdasarkan kepada perspektif Islam amatlah diperlukan dan bertepatan dengan keperluan untuk membantu masyarakat Islam terutamanya golongan belia tentang cara-cara mengawal emosi berdasarkan kepada perspektif Islam.
Description
3 rd INTERNATIONAL SEMINAR ON ISLAM AND SCIENCE 2020 (SAIS 2020)
COVID-19: IMPLICATION, IMPACT AND SOLUTION
Date: 15 October 2020
Organized by: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
In Collaboration with: International Halal and Fatwa Centre (iFFAH) &
Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU)
Keywords
regulasi emosi, perspektif Islam, kajian keperluan, modul.