Options
Pembinaan Model Tasmik Al-Quran Dalam Talian: Kajian Dan Pelaksanaan Terhadap Pelajar-Pelajar Sijil Tahfiz Al-Quran UNISZA
Date Issued
2023
Author(s)
Nor Hafizi Yusof
Aman Daima Bin Md. Zain
Abdillah Hisham bin Ab Wahab
Fatimah Zaharah Binti Ismail
Hussein Ali Abdullah al-Thulaia
Abstract
Kelas Sijil Tahfiz al-Quran UniSZA ditubuhkan untuk membantu para pelajar lepasan tahfiz di pelbagai bidang pengajian di UniSZA untuk menjaga dan memperkemaskan hafazan al-Quran mereka. Namun begitu antara masalah yang dihadapi ialah sebahagian pelajar yang tidak sempat menghadiri kelas tasmik yang ditetapkan dan tidak mampu meneruskan program hafalan dan murajaah disebabkan faktor kesibukan dengan program rasmi akademik dan ko-kurikulum. Keadaan ini menggambarkan bahawa sebahagian pelajar menghadapi masalah untuk menjaga hafalan al-Quran mereka secara bersendirian tanpa program bimbingan khas. Sehubungan itu perlunya kajian penilaian dan penambahbaikan terhadap kelas tasmik al-Quran secara tradisional dan bersemuka kepada satu kaedah yang lebih efisien sesuai dengan permasalahan pelajar dan keperluan semasa. Justeru, pembelajaran dalam talian adalah satu kaedah yang sangat relevan dengan mengambil kira pelaksanaan berasaskan kemudahan teknologi moden tanpa mengabaikan asas-asas talaqqi yang diwarisi dari zaman Rasulullah saw dan sahabat r.a. Kajian ini bertujuan menyelesaikan permasalahan hafazan mahasiswa-mahasiswa tahfiz al-Quran di IPT. Kajian ini juga bertujuan membina Model Tasmik al-Quran dalam Talian untuk diimplimentasikan terhadap mahasiswa-mahsiswa tahfiz al-Quran di IPT. Kajian ini akan melalui fasa analisis keperluan, Fasa mereka bentuk model dan fasa Membangunkan model. Ia juga akan dirangka berdasarkan empat element penting dalam penjagaan hafazan al-Quran iaitu talaqqi, tasmik, murajaah dan ujian thabit hafazan. Hasilnya satu model tasmik al-Quran dalam talian akan dirangka khas berdasarkan ciri-ciri talaqqi dan musyafahah yang disesuaikan dengan pembelajaran atas talian sebagai alternatif kepada para pelajar tahfiz di IPT khususnya pelajar-pelajar Sijil Tahfiz al-Quran UniSZA.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pembinaan Model Tasmik Al-Quran Dalam Talian Kajian Dan Pelaksanaan Terhadap Pelajar-Pelajar Sijil Tahfiz Al-Quran UNISZA.pdf
Size
288.57 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c1ef1b5c23273caf51310bb08de09baf