Options
Tinjauan Awal Keberkesanan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) Kepada Pemohon Perkahwinan Bawah Umur: Analisis Aspek Hifz Al-Nafs
Journal
JOURNAL OF MUWAFAQAT
ISSN
2600-8939
Date Issued
2024
Author(s)
Nurul Ain Hazram
Universiti Sains Islam Malaysia
Nur Aina Abdulah
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
https://doi.org/10.53840/muwafaqat.v7i2.181
Abstract
Perkahwinan melibatkan kanak-kanak merupakan satu perkara yang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di serata dunia. Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, terdapat pelbagai kesan negatif perkahwinan kanak-kanak dari aspek psikologi dan kesihatan. Malah, kanak-kanak yang berkahwin juga menghadapi cabaran bukan sahaja dari sudut psikologi dan kesihatan fizikal, malah cabaran penyesuaian diri dalam rumahtangga dan kebarangkalian untuk perceraian juga adalah tinggi. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membendung perkahwinan kanak-kanak supaya kemudaratan yang disebabkan oleh perkahwinan tersebut dapat dielakkan. Hasil daripada usaha yang telah dijalankan, didapati penurunan di dalam statistik yang melibatkan perkahwinan kanak-kanak. Namun begitu, perkahwinan ini masih berlaku kerana undang-undang sedia ada hakikatnya tidak dapat menghalang perkahwinan bawah umur secara mutlak. Di Malaysia, mereka yang ingin berkahwin adalah diwajibkan menduduki Kursus Pra-perkahwinan Islam yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai hak-hak dan tanggungjawab dalam perkahwinan. Namun begitu, kandungan kursus dan cara perlaksanaannya adalah bersifat umum kepada semua lapisan masyarakat. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis kesesuaian Modul Bersepadu Kursus Pra-perkahwinan Islam terhadap pemohon perkahwinan bawah umur dan sejauh mana aspek penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dalam modul ini dapat membantu kanak-kanak dalam menolak kemudaratan yang mungkin berlaku dalam perkahwinan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan menganalisis kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perkahwinan bawah umur khususnya di Malaysia, dan Modul Bersepadu Kursus Pra-perkahwinan Islam (MBPKI). Artikel ini menyimpulkan bahawa Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam yang sedia ada menekankan aspek penjagaan nyawa (hifz al-nafs) dan bersesuaian dengan pemohon perkahwinan bawah umur. Namun begitu, adalah dicadangkan agar diteliti cara perlaksanaan dan penyampaian kursus pra-perkahwinan Islam terhadap kanak-kanak agar kursus yang disampaikan adalah berkesan dan dapat membantu dalam menolak kemudaratan terhadap kanak-kanak yang terlibat dalam perkahwinan tersebut.
File(s)
Loading...
Name
Tinjauan Awal Keberkesanan Modul Bersepadu Kursus Pra-Perkahwinan Islam (MBKPI) Kepada Pemohon Perkahwinan Bawah Umur.pdf
Size
358.92 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6263f1f0215f7f432d1e87bc17978ca9