Publication: Hadith Menyapu Muka Selepas Solat; Satu Kajian Analisis Sanad
Loading...
Date
2019
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Abstract
Menyapu muka setelah selesai daripada solat merupakan satu amalan kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita di Nusantara setelah berabad dan telah sebati dalam hidup muslim di sini. Namun demikian, adakah menyapu muka setelah selesai solat adalah amalan yang diambil daripada nas hadith yang sahih? Kajian analisis sanad hadith dijalankan untuk menilai kebersambungan hadith tersebut sehingga kepada Rasulullah s.a.w dan hendaklah dengan susur galur perawi yang thiqah serta dipercayai. Kajian mendapati sanad hadith ini yang dinilai melalui 6 riwayat yang dicatatkan oleh al-Tabrani di dalam al-Ausat dan al-Dua, Ibn Suni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah, Abu Nu’aim dalam Hulyah dan Akhbar al-Asbahan, dan Ibn Sama’un dalam Amali ibn Sama’un melalui 3 orang perawi iaitu Kathir Ibn Sulim, Muawiyyah Ibn Qurrah dan Thabit Ibn Aslam. Ibn Hibban, Ibn Jawzi dan ulama moden al-Albani menilai hadith ini dengan menghukum palsu
Description
Keywords
Nusantara, Analisis, Hadith Palsu