We value your input! Please help us improve by filling out our feedback form.
Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Seminars
  4. Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS)
  5. 2023 SAIS
  6. Elemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah: Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajar
 
  • Details
Options

Elemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah: Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajar

Date Issued
2023
Author(s)
Wan Amir Nudin Wan Ishak 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Sanusi Shariff 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Azniwati bt Abdul Aziz
Rasmina Hasbullah 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Mohammed Akhiruddin Ibrahim 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Irwan Mohd Subri 
Universiti Sains Islam Malaysia 
Abstract
Integrasi ilmu Naqli dan Aqli merupakan model pendidikan yang diimplementasikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan menerapkan elemen-elemen yang memenuhi keperluan fizikal dan rohani. USIM merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi di Malaysia yang mengetengahkan konsep ini secara komprehensif dalam semua kursus yang ditawarkan sejak awal penubuhannya lagi termasuklah kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah yang wajib diambil oleh pelajar Tamhidi Syariah dan Undang-Undang pada semester pertama mereka di Pusat Tamhidi. Subjek tersebut mengandungi pengetahuan asas tentang ilmu Fiqh, Usul al-Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, iaitu tiga cabang ilmu yang berkait rapat dengan ilmu perundangan dan syariah Islam. Oleh itu, analisis ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap elemen Naqli dan Aqli yang terdapat dalam kursus tersebut. Data dikumpulkan melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada 114 orang responden yang sedang mengikuti program tamhidi syariah dan undang-undang pada semester kedua lagi membolehkan proses perbandingan keputusan pencapaian mereka dalam kursus tersebut pada semester sebelumnya dilaksanakan. Kajian menunjukkan hasil yang positif apabila majoriti pelajar bersetuju bahawa mereka memperolehi faedah yang banyak melalui kursus Al-Mabadik Al- Fiqhiyyah yang menerapkan konsep integrasi Naqli dan Aqli. Mereka juga berpendapat bahawa subjek tersebut penting dalam pembentukan watak dan sahsiah mereka. Hal ini kerana elemen Naqli dan Aqli telah diselitkan dalam setiap topik yang dipelajari melalui kursus ini dan para pelajar dapat memahaminya dengan baik melalui contoh-contoh yang diberikan. Kajian juga membuktikan bahawa sebahagian besar mereka memperakui bahawa elemen Naqli dan Aqli dalam kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah mempunyai hubung kait dengan Kursus Undang-Undang yang dipelajari di pusat tamhidi dan menyedari terdapat keunikan dalam ilmu Fiqh berbanding undang-undang sivil. Akhir sekali, kajian mendapati hampir keseluruhan pelajar mengakui bahawa kursus ini menepati roh USIM sebagai sebuah universiti yang menerajui integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Kesimpulannya, elemen Naqli dan Aqli yang diterapkan di dalam setiap kursus yang ditawarkan oleh USIM tidak wajar dipandang enteng dan wajib diberi perhatian bagi merealisasikan Pelan Strategik USIM untuk menjadi Pusat Rujukan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli bukan sahaja di peringkat serantau malah di peringkat antarabangsa.
Subjects

Integrasi, Naqli, Aql...

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Elemen Naqli dan Aqli dalam Kursus Al-Mabadik Al-Fiqhiyyah Kajian Analisis Terhadap Persepsi Pelajar.pdf

Size

308.22 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):e8f4728d91da3ad7eec929b8e8eaf2ab

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia