Options
Analisis Sorotan Literatur Skim Agihan Zakat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia Berdasarkan Maqasid Syariah
Date Issued
2024
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Muhammad Azhad Al-Bohari
Muhammad Faiz Abd Shakor
Mohamad Qamarulzaman Mohd Zani
Abstract
Zakat merupakan salah satu instrumen penting dalam memperkasakan kesejahteraan ummah, khususnya bagi asnaf di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Namun, terdapat keperluan untuk memastikan skim zakat IPT di Malaysia diuruskan secara efektif agar mencapai objektif maqasid syariah. Pendekatan maqasid syariah wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan asnaf di IPT. Kajian berkaitan skim agihan zakat IPT di Malaysia adalah penting bagi menjamin hak-hak pelajar dan kakitangan agar tidak diabaikan.Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis sorotan literatur skim agihan zakat IPT di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa sorotan literatur lebih memfokuskan kepada pengurusan zakat IPT secara umum dan terdapat beberapa
kajian memfokuskan kepada skim agihan zakat di Majlis Agama Islam Negeri. Kajian lanjutan berkaitan skim agihan zakat di IPT berdasarkan maqasid syariah boleh dilaksanakan bagi memastikan asnaf IPT mendapat hak mereka.
kajian memfokuskan kepada skim agihan zakat di Majlis Agama Islam Negeri. Kajian lanjutan berkaitan skim agihan zakat di IPT berdasarkan maqasid syariah boleh dilaksanakan bagi memastikan asnaf IPT mendapat hak mereka.
File(s)
Loading...
Name
Analisis Sorotan Literatur Skim Agihan Zakat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia Berdasarkan Maqasid Syariah.pdf
Size
350.66 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):09045c284f8b7e8167950df3ab730fef