Options
Sorotan Perkembangan Persuratan Melayu dalam Kerajaan Johor-Riau
Date Issued
2024
Author(s)
Ayu Nor Azilah Mohamad
Siti Zaleha Ibrahim
Wayu Nor Asikin Mohamad
Abstract
Kajian ini menyoroti perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan salah satu pusat penting kesusasteraan dan kebudayaan Melayu pada abad ke-18 dan ke-19. Kerajaan Johor-Riau sebagai salah satu kuasa politik dominan di rantau Melayu turut memainkan peranan besar dalam membentuk tradisi persuratan Melayu, terutama dalam menghasilkan karya-karya sastera, sejarah, dan agama. Antara yang paling menonjol ialah karya-karya seperti Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan Sulalatus Salatin. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan kerajaan Johor-Riau dalam perkembangan persuratan Melayu khususnya dalam bidang kesusasteraan, sejarah dan agama. Selain itu, turut dihuraikan tentang sumbangan tokoh-tokoh persuratan dalam kerajaan Johor-Riau dalam menghasilkan karya-karya penting. Ini termasuk kandungan dan bentuk karya persuratan Melayu yang dihasilkan diperinci untuk memahami nilai budaya, keagamaan serta intelektual yang disampaikan. Metodologi yang digunakan ialah kajian kepustakaan terhadap karya-karya tersebut. Secara keseluruhannya, perkembangan persuratan Melayu dalam kerajaan Johor-Riau bukan sahaja mencerminkan kebijaksanaan dan kecerdasan intelektual masyarakat pada zaman itu, tetapi juga memberi kesan yang berkekalan dalam tradisi penulisan serta budaya Melayu hingga ke hari ini.
File(s)
Loading...
Name
Sorotan Perkembangan Persuratan Melayu dalam Kerajaan Johor-Riau.pdf
Size
204.86 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):a424cd483c317a55ea9fee16ed67cce4