Options
Pendekatan Uslub Khabariy Menerusi Lafaz Zalzalah Dalam Al-Quran
Date Issued
2021-09-09
Author(s)
Khairul Asyraf Mohd Nathir,
Rosni Samah,
Azlan Shaiful Baharum
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membincangkan mengenai uslub khabary menerusi lafaz gegaran (zalzalah) dalam al-Quran. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti elemen dan fokus uslub khabary bagi konteks gegaran (zalzalah) dalam al-Qur’an. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis kandungan dengan membuat penelitian terhadap teks secara tekstual dan kontekstual. Bahan kajian merupakan potongan ayat al-Qur’an yang terkandung padanya lafaz gegaran (zalzalah). Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua konteks makna yang melibatkan lafaz gegaran (zalzalah) dalam al-Quran iaitu gegaran yang merujuk kepada gempa bumi dan gegaran yang merujuk kepada getaran hati manusia. Secara keseluruhannya, terdapat empat ayat gegaran yang menggunakan pendekatan uslub khabariy yang membawa makna haqīqiy dan majāziy. Makna haqīqiy adalah merujuk kepada gegaran kepada bumi yang akan berlaku pada hari kiamat kelak dan makna majāziy pada ayat yang lain merujuk kepada goncangan pendirian kepada hati-hati orang beriman.
Kata Kunci: balaghah; uslub khabariy; lafaz; zalzalah; gegaran; getaran
Kata Kunci: balaghah; uslub khabariy; lafaz; zalzalah; gegaran; getaran
File(s)
Loading...
Name
6.BM. SAIS2021 - Pendekatan Uslub Khabariy Menerusi Lafaz Zalzalah Dalam Al-Quran.pdf
Description
Pendekatan Uslub Khabariy Menerusi Lafaz Zalzalah Dalam Al-Quran
Size
801.06 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):d3252b0337b299caac6e811e3b1b52af