Options
Penggunaan Perisian Atlas.ti 8 Dan Maktabah Syamilah Dalam Kajian Kualitatif Bahasa Arab
Journal
Tinta Artikulasi Membina Ummah
Date Issued
2019
Author(s)
Khairul Asyraf Mohd Nathir
Mohd Sukki Othman
Nik Farhan Mustapha
Wan Muhammad Wan Sulong
Abstract
Penggunaan perisian yang melibatkan data berbentuk dokumen dan teks dalam bahasa Arab adalah terhad. Permasalahan ini timbul akibat kurangnya pendedahan selain dari kesukaran untuk mencari pakar yang dapat membantu secara langsung dalam pemilihan perisian yang khusus dengan reka bentuk dan bidang kajian. Dalam artikel ini, penulis akan memperkenalkan satu bentuk gabungan dua perisian iaitu ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah yang dapat membantu para pengguna menganalisis data berbentuk teks atau sumber menerusi medium bahasa Arab dalam bidang pengajian Islam. Penelitian ini dibuat berdasarkan banyak kajian berbentuk analisis kandungan yang dilakukan dengan menggunakan sistem coding secara tradisional dan manual. Hasil yang dikeluarkan dari artikel ini adalah satu bentuk proses penggunaan perisian ATLAS.ti 8 dan Maktabah Syamilah melalui kajian menerusi medium bahasa Arab. Dapatan yang diperoleh menunjukkan bahawa, perisian ATLAS.ti 8 dapat menyokong dokumen dan teks dalam bahasa Arab dengan tepat, namun terdapat kesukaran untuk mengeluarkan dapatan berbentuk laporan disebabkan perisian tersebut tidak dapat membaca susun atur huruf hija’iyyah dengan tepat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Penggunaan Perisian Atlas.ti 8 Dan Maktabah Syamilah Dalam Kajian Kualitatif Bahasa Arab.pdf
Size
1.39 MB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c0123527138d951d1c7da495788c560f