Publication:
Pengaruh Islam terhadap Citra Khamar dalam Masyarakat Melayu: Suatu Perspektif Dakwah

Loading...
Thumbnail Image

Date

2022

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Da'wah Research Unit, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Khamar adalah sebahagian daripada barangan berharga dan minuman istimewa yang mempunyai nilai tersendiri dalam masyarakat Melayu pada zaman pra-Islam. Setelah Islam tersebar ke alam Melayu, masyarakat Melayu menjadi penganut agama Islam secara besar-besaran lalu menjadikan Islam bertapak kukuh di dalam budaya mereka. Ajaran Islam melarang umatnya meminum khamar dan segala aktiviti yang berkaitan dengannya. Maka, perbuatan meminum khamar secara khusus dilihat sebagai penyelewengan sosial dalam masyarakat Melayu. Penjajahan pihak Barat ke atas Tanah Melayu tidak mengubah pendirian kepercayaan mereka terhadap agama Islam. Namun, gaya hidup dan budaya minum khamar telah mempunyai status tersendiri, terutamanya kepada kelas atasan Melayu sehinggalah gelombang islamisasi di dalam pentadbiran memberikan impak signifikan dalam isu khamar ini. Analisis dari kaedah kajian kepustakaan dan data sokongan daripada temu bual ini menyimpulkan bahawa kehadiran Islam telah merubah landskap citra khamar dalam masyarakat Melayu. Ini sekali gus menzahirkan gerakan dakwah islamiah dalam memaknai erti nahy ‘an al- munkar daripada para du‘āt yang berjasa dalam lipatan sejarah ketamadunan umat Islam Melayu.

Description

Vol. 2 No. 2

Keywords

Khamar, arak, da’wah nahy ‘an al- munkar, dakwah mencegah kemungkaran, ketamadunan umat islam melayu

Citation