Options
Membangun Prototaip Aplikasi I’rab Al-Qur’an dan Tafsirannya dalam Versi Brunei Darussalam
Date Issued
2024
Author(s)
Ummi Aisyah binti Rosli
Wan Amirul Amjad bin Haji Zaini
Ak Radin Adi Firdaus bin Pg Junaidi
Norhayati binti Haji Abd Karim
Aiman Abadiyah binti Haji Sopian
Abstract
I'rab al-Qur'an merujuk kepada kajian dan analisis tatabahasa atau sintaksis bahasa Arab yang digunakan dalam al-Qur'an. Tafsiran al-Qur'an ke dalam bahasa Melayu pula merujuk kepada tafsiran versi Negara Brunei Darussalam yang disusun bagi membantu masyarakat Brunei memahami al-Qur'an dengan lebih mendalam dan selaras dengan konteks kehidupan di negara tersebut. Seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, penggunaannya, khususnya dalam bidang pendidikan, menjadi semakin penting. Antaranya ialah mempelajari setiap perubahan bentuk kata dalam al-Qur'an melalui aplikasi digital. Objektif utama penghasilan aplikasi khas untuk I’rab al-Quran adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeluruh dan dinamik. Aplikasi ini membolehkan pelajar, tenaga pengajar, dan pencinta al-Qur'an memperoleh pemahaman yang mendalam dan berkesan mengenai I’rab. Aplikasi ini direka untuk memudahkan akses kepada penjelasan I’rab yang komprehensif melalui teknologi digital, yang membolehkan pengguna mempelajari dan memahami struktur bahasa Arab dalam al-Qur'an mengikut jadual peribadi mereka. Semoga dengan terbinanya prototaip I’rab Al-Qur’an ini akan dapat memperbaiki ketepatan bacaan al-Qur'an dengan menyediakan panduan I’rab yang tepat.
File(s)
Loading...
Name
Membangun Prototaip Aplikasi I’rab Al-Qur’an dan Tafsirannya dalam Versi Brunei Darussalam.pdf
Size
363.69 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):dc92c7eaf8899fb33e604436bb3ae80e