Publication:
Pencapaian STEM di Kalangan Murid Dalam Tempoh Pandemik

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Mata pelajaran STEM adalah mata pelajaran yang sangat penting untuk melahirkan tenaga kerja selaras dengan perkembangan teknologi dan sains bagi sebuah negara maju. Kaedah: Data kajian diperolehi dengan melibatkan 102 orang murid daripada Asas 1 hingga Asas 3 yang telah menjawab soal selidik secara talian menggunakan aplikasi Google Form. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Korelasi Pearson. Hasil: Seramai 37 (36.3%) murid lelaki dan 65 (63.7%) murid perempuan yang terlibat dalam kajian ini membawa kepada nisbah 1:1.8. Keputusan analisis menunjukkan skor min purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) responden bagi semester 1 sesi 2021 adalah 3.61 (sisihan piawai 0.20). Perbincangan: Analisis inferensi pula mendapati terdapat hubungan secara signifikan di antara penglibatan rakan sebaya semasa PdPR dan strategi pembelajaran dengan pencapaian STEM di kalangan murid. Pengaruh rakan sebaya menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian STEM. Kesimpulan: Kebanyakan pelajar Kolej GENIUS Insan mempunyai pencapaian STEM yang baik.

Description

Vol 4 No 3 (2022): Sep 2022

Keywords

Pengaruh rakan sebaya, PdPR, pencapaian STEM

Citation

ZULKEFLY, Nor Raihan et al. Pencapaian STEM di Kalangan Murid Dalam Tempoh Pandemik. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 4, n. 3, p. 199-203, oct. 2022. ISSN 2682-826X. Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/19203>. Date accessed: 27 dec. 2022.