Options
Analisis Keperluan Platform Bahan Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian Awal Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Date Issued
2022
Author(s)
Abstract
Para pelajar Pusat Tamhidi USIM wajib mempelajari kemahiran bahasa Arab terutama sekali kemahiran bertutur. Ia merupakan sebahagian daripada silibus dan modul dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan fasih dan lancar. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapat pandangan awal berkenaan platform pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab yang efektif yang boleh menjadi nilai tambah dalam menguasai kemahiran tersebut. Ia akan direka bentuk bertujuan untuk menyediakan satu platform digital yang mengumpulkan senarai laman sesawang dan kamus elektronik yang mudah di akses, interaktif dan berkesan berdasarkan keutamaan kendiri (self-preference) dan ia juga bersifat mesra pengguna (self-explanatory dan self- delivery) di mana pelajar dapat melakukan pembelajaran kendiri dengan hanya bergantung kepada penerangan dan petunjuk daripada
arahan-arahan platform. Soalan kaji selidik ringkas melibatkan 647 orang responden yang merupakan pelajar Pusat Tamhidi yang terdiri daripada pelbagai program yang ditawarkan. Hasil kajian awal mendapati responden sangat optimis dengan platform digital ini. Ia bakal memberi impak yang signifikan kepada para pelajar, pensyarah, Pusat Tamhidi, dan kepada USIM secara menyeluruh kerana ia menyediakan satu nilai tambah dalam mengukuhkan kemahiran bertutur dalam kalangan pelajar Pusat Tamhidi, USIM. Justeru, diharapkan kajian ini dapat menjadi pemula yang baik bagi mewujudkan platform pertama seumpamanya yang mengumpulkan semua laman sesawang dan aplikasi belajar bahasa arab yang berstruktur dan sistematik berdasarkan tahap penguasaan bahasa Arab para pelajar itu sendiri. Ini penting untuk menaikkan semangat dan keyakinan pelajar Pusat Tamhidi untuk menguasai kemahiran bahasa Arab terutamanya kemahiran bertutur.

File(s)
Loading...
Name
Analisis Keperluan Platform Bahan Pembelajaran Bahasa Arab Kajian Awal Pusat Tamhidi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).pdf
Size
333.66 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c8e1d6bc5c81b8652a30646493aa6ef1