Publication: Fatwa Sebagai Mekanisme Pencegahan Penularan Pandemik Covid-19
Loading...
Date
2020
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Fatwa merupakan salah satu mekanisme penting untuk mencegah penularan pandemik seperti Covid-19. Pandemik Covid-19 yang dikesan pada penghujung tahun 2019 telah membentuk norma dan kelaziman baharu dalam kehidupan manusia. Pencegahan terhadap penularan pandemik ini menuntut kerjasama pelbagai pihak termasuk institusi fatwa. Artikel ini menganalisa kekuatan, ciri-ciri dan peranan yang ada pada sesuatu fatwa yang membolehkan ia berfungsi sebagai salah satu mekanisme pencegahan penularan pandemik Covid-19. Kaedah kualitatif melalui analisa dokumen khususnya penulisan dan fatwa para ulama menjadi asas penulisan ini. Hasil kajian mendapati bahawa fatwa sememangnya akan menjadi pemangkin dalam membantu pencegahan penularan Covid-19 jika sekiranya ia dikeluarkan dengan teliti dan cermat.
Description
Keywords
Fatwa, COVID-19, Pandemik, Norma, Penularan