Options
Amalan Pengurusan Wakaf di Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS)
Journal
Jurnal Sains Insani
Date Issued
2021-12
Author(s)
Mohamad Hilmie Mat Daud
Mohd Zain Mubarak
DOI
10.33102/sainsinsani.vol6no2.160
Abstract
Wakaf berpotensi besar terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan ummah dan kini dilihat semakin berkembang dan memberi impak yang berkesan. Namun begitu aspek pengurusan wakaf yang berbeza mengikut Majlis Agama Islam Negeri menjadi antara kekangan kepada usaha memperkasakan agenda wakaf secara menyeluruh. Artikel ini memfokuskan kepada aspek pengurusan wakaf melalui penerapan fungsi-fungsi pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan kajian dokumen dijalankan terhadap Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS). Hasil kajian mendapati PWNS telah melaksanakan fungsi kepimpinan dan pengawalan dengan baik, namun masih perlu meningkatkan pelaksanaan fungsi perancangan dan pengorganisasian, khususnya dalam aspek pembentukan pelan strategik, proses pembahagian kerja yang lebih tersusun, langkah penjabatan yang merangkumi pelbagai aspek dan pembentukan struktur organisasi yang lebih baik.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Amalan Pengurusan Wakaf di Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan (PWNS).pdf
Size
301.02 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6b661f83c1dcab68af5bb888ae9e4594