Options
Kesatuan dalam Kepelbagaian: Peranan Media dan Tanggungjawab Sosial
Date Issued
2024
Author(s)
Wawarah Saidpudin
Abstract
Globalisasi dan kemajuan teknologi telah mengubah cara masyarakat berinteraksi dan berkomunikasi. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan bagaimana globalisasi telah mengubah landskap komunikasi dengan peningkatan akses kepada teknologi, kemunculan media sosial, dan perubahan dalam industri media dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Menggunakan kaedah kajian kepustakaan melalui dapatan data sekunder kajian ini mengkaji bagaimana komunikasi, teknologi, dan media mempengaruhi kesatuan masyarakat di Malaysia. Hasil kajian mendapati media berperanan dalam membina keharmonian serta tanggungjawab sosial perlu dipenuhi oleh pengamal media dan masyarakat. Kajian ini juga mengenalpasti cabaran yang timbul akibat kepelbagaian budaya dan mencadangkan saranan untuk Masyarakat meningkatkan literasi media agar dapat membantu dalam memelihara hubungan yang baik antara pelbagai kumpulan etnik dan budaya, serta menggalakkan persefahaman.
File(s)
Loading...
Name
Kesatuan dalam Kepelbagaian Peranan Media dan Tanggungjawab Sosial.pdf
Size
94.23 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):114e8f77a408e0b4c46d9559d2bf92c1