Options
Unifikasi Kalendar Islam Global dalam Perspektif Usul Fiqh
Date Issued
2023-03-17
Author(s)
Baidar Mohammed Hassan
Iswandi Harahap Burhanuddin
Abstract
Wujudnya penyatuan (unifikasi) kalendar Islam global menjadi harapan umat Islam sebagai upaya menyeragamkan permulaan bulan dalam kalendar Hijrah. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatukan pandangan dan pendekatan dalam kaedah menentukan permulaan bulan Islam serta menghapuskan perbezaan yang berlaku di antara negara-negara Islam. Ini berlaku disebabkan perbezaan dalam menentukan awal bulan Islam menerusi dua (2) kaedah yang berlainan, iaitu kaedah rukyah dan hisab. Artikel ini akan membincangkan kaedah Usul Fiqh sebagai landasan dan rujukan bagi merungkai punca perbezaan yang berlaku dan boleh dijadikan panduan bagi merungkai isu perbezaan tersebut. Diantara kaedah yang boleh dirujuk adalah kaedah: “Hukum bergantung kepada ‘illat’ (Al-Hukm Yaduru Ma’a ‘illatihi Wujudan wa ‘Adaman), disamping prinsip-prinsip usul fiqh lain seperti yang berkaitan dengan Dilalat al-Isyarah, Al-‘Illat al-Gha’iyyah (Maqasid Syariah), dan juga Taghayyur al-Ahkam Bi Taghayyur al-Zaman. Metodologi kajian yang digunakan dalam mengupas isu ini adalah berdasarkan kajian kepustakaan dengan mengumpulkan data-data premier dan sekunder tentang isu rukyat al-hilal dan penentuan permulaan bulan Hijrah, serta kaedah Usul Fiqh yang berkaitan, seterusnya menganalisa isu-isu ini berdasarkan kajian analisa dan perbandingan. Kajian mendapati bahawa memahami hukum suatu permasalahan dengan merujuk teks (nas) berdasarkan konteks (makna) bersamanya adalah penting. Berdasarkan kajian ini juga didapati bahawa usaha menyatukan penetapan permulaan awal bulan Hijrah atau unifikasi kalendar islam di kalangan umat islam seluruh dunia tidak dapat dilakukan kecuali dengan menerima kaedah hisab dan bukan rukyah seperti mana dalam menggunakan kaedah hisab untuk menentukan waktu-waktu solat.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Unifikasi Kalendar Islam Global dalam Perspektif Usul Fiqh.pdf
Size
417.54 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):1f4b11e57419c0035d4a66dd0e2a25e4