Options
Analisa Kes-Kes Berkaitan Hibah-Permasalahan dan Keputusan Mahkamah
Date Issued
2025
Author(s)
Aiman Izzuddin Jamaluddin
Mohd Amirul Fifie Alias
Mohd Amirul Aman
Tengku Nur Nabella Tengku Norizan
Lina Mysarah Amiyamin
Abstract
Menurut undang-undang Islam, hibah merupakan salah satu instrumen penting dalam perancangan harta. Hibah membawa maksud pemberian hadiah yang diberikan kepada seseorang atas dasar kasih sayang tanpa mengharapkan balasan daripada orang tersebut. Hibah dilihat sebagai satu instrumen yang amat digalakkan jika ia dipraktikkan dengan cara yang betul mengikut kehendak syarak, maka ia mampu mengelakkan berlaku pertelingkahan dan perebutan harta. Selain itu, hibah juga dapat membantu golongan yang memerlukan dan golongan yang mungkin tidak berhak melalui faraid. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah maka ia telah menyalahi ketetapan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam. Walau bahagaimanapun instrumen hibah ini agak kurang dikenali berbanding dengan perancangan harta yang lain. Tambahan pula, segelintir masyarakat Islam menyangkakan bahawa hanya wasiat dan faraid sahaja cara yang terbaik dalam menguruskan dan merancang harta pusaka maka cara hibah ini kurang mendapat perhatian.
File(s)
Loading...
Name
Analisa Kes-Kes Berkaitan Hibah-Permasalahan dan Keputusan Mahkamah.pdf
Size
966.4 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):6ed9a23f4ebd5f6638e89b70dd862d91