Options
Pengintegrasian Al-Quran dalam Tajuk Ekosistem; Satu Kajian Kes di SMK Dato’ Sagor
Date Issued
2022-11-29
Author(s)
Muhammad Amirul Supari
Muhammad Adam Hakimi Ahmad Saifol
Danish Afiff Azri
Hasliza Hassan
Rukiah Mohamed Ibrahim5
Abstract
Aspek kerohanian adalah salah satu dari enam tunjang asas dalam KSSM Sains dan turut ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan selain dari elemen jasmani, emosi dan intelektual. Dalam konteks pendidikan sains, kualiti murid yang dihasratkan dapat lahir dari sistem pendidikan sains kebangsaan ialah murid yang berfikrah sains iaitu mempunyai ciri murid yang mampu berfikir secara kritis untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Asas kerohanian dan kemahiran berfikir secara kritis ini jika tidak disulami atau dibangunkan tanpa panduan yang benar iaitu Al-Quran, menyebabkan berlaku kepincangan nilai. Unsur kerohanian dipisahkan kepada kajian keagamaan dan tidak diintegrasikan merentasi mata pelajaran yang lain khususnya Sains. Sains berkonsepkan tauhid memainkan peranan yang amat penting sebagai sumber yang efektif untuk mengenali Tuhan yang mencipta alam dan membimbing manusia melakukan kajian serta berfikir secara kritis berasaskan bukti yang telah tertulis dalam Al-Quran. Kajian ini bertujuan untuk meninjau pengintegrasian Al-Quran dalam kurikulum Sains sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kerohanian murid dan kemahiran berfikir secara kritis khususnya dalam penyelesaian masalah untuk topik Ekosistem. Kajian ini berbentuk kualitatif deskriptif dan data dikumpul secara pemerhatian, temu bual dan dokumentasi. Implikasi kajian ini dapat memberi faedah kepada perkembangan kerohanian murid, meningkatkan kecintaan murid terhadap Al-Quran, meningkatkan pemikiran kritis juga dapat menjadi sumber rujukan untuk kajian lanjut bagi melihat tema-tema yang sesuai dalam Al-Quran yang dapat diintegrasikan dalam silibus KSSM Sains.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Pengintegrasian Al-Quran dalam Tajuk Ekosistem; Satu Kajian Kes di SMK Dato’ Sagor.pdf
Size
268.42 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):eee1f42e20e6baa920dc08a63672ff00