Options
Haiwan Eksotik dalam Bidang Perubatan: Satu Tinjauan dari Konsep Halal dan Maslahah
Date Issued
2024
Author(s)
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
DOI
9786297748252
Abstract
Penggunaan haiwan eksotik bagi manusia adalah perkara yang tidak biasa berlaku, tetapi setengah orang meminati haiwan ini untuk dijadikan sebagai santapan atau dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Dalam bidang perubatan, ia digunakan sebagai ubat atau bahan membuat ubat kerana dipercayai mampu merawat penyakit. Oleh itu, penggunaan haiwan eksotik perlu dikaji dari aspek halal dan maslahah. Objektif yang difokuskan kepada kajian ini adalah untuk menerangkan maksud haiwan eksotik, menjelaskan konsep halal dan maslahah tentang penggunaan haiwan eksotik serta membincangkan pandangan ulama tentang kesan penggunaan haiwan eksotik terhadap manusia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisa dokumen data primer dan data sekunder. Hasil kajian ini telah mendapati bahawa hukum penggunaan haiwan eksotik untuk perubatan mengikut keadaan tertentu adalah harus atas konsep maslahah. Implikasi kajian ini adalah penggunaan haiwan eksotik secara langsung boleh memberi kesan kepada manusia sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang untuk kesihatan manusia
File(s)
Loading...
Name
Haiwan Eksotik dalam Bidang Perubatan Satu Tinjauan dari Konsep Halal dan Maslahah.pdf
Size
338.55 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):4583fcb95da01d4e9244c7d339af5265