Repository logo
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
Repository logo
    Communities & Collections
    Research Outputs
    Fundings & Projects
    People
    Statistics
  • English
  • Català
  • Čeština
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • Italiano
  • Latviešu
  • Magyar
  • Nederlands
  • Polski
  • Português
  • Português do Brasil
  • Srpski (lat)
  • Suomi
  • Svenska
  • Türkçe
  • Tiếng Việt
  • Қазақ
  • বাংলা
  • हिंदी
  • Ελληνικά
  • Српски
  • Yкраї́нська
  • Log In
    New user? Click here to register.Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Proceedings
  3. Conferences
  4. INTERNATIONAL CONFERENCE ON QURAN AS FOUNDATION OF CIVILISATION (SWAT)
  5. 2025 SWAT
  6. Sistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Quran
 
  • Details
Options

Sistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Quran

Date Issued
2025
Author(s)
Azmi Samad
Muhammad Mundzir Mohd Zamri
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis manifestasi sistem patriarkal dalam konteks masyarakat Melayu di Malaysia dan mencadangkan panduan penyelesaian berasaskan kerangka Al-Quran. Sistem patriarkal, yang meletakkan lelaki sebagai pusat kuasa dan autoriti utama, telah lama berada dalam struktur sosial, adat resam, dan institusi kekeluargaan Melayu terutamanya di Malaysia. Walaupun sering berlaku kesalahfahaman terhadap sebahagian daripada nilai Islam, sistem ini sebenarnya banyak berpunca daripada stereotaip budaya dan pentafsiran teks agama yang terpilih. Melalui kaedah analisis kandungan terhadap teks Al-Quran serta sorotan literatur berkaitan sosiobudaya Melayu di Malaysia, kajian ini mendapati bahawa patriarki telah mengekang potensi diri wanita, mengehadkan keterlibatan mereka dalam pelbagai sektor, dan mengukuhkan stereotaip gender. Namun, Al-Quran sebagai panduan komprehensif, menawarkan paradigma yang seimbang dan adil. Penyelesaian yang dikemukakan merangkumi pentafsiran semula konsep qiwamah (tanggungjawab penjagaan) yang bersifat timbal balik, pengukuhan konsep shura (musyawarah) dalam pembuatan keputusan keluarga, penegasan prinsip kesamarataan martabat kemanusiaan (karamah insaniyah), serta pelaksanaan keadilan (‘adl) dalam semua aspek hubungan gender. Kajian ini menyimpulkan bahawa analisis terhadap sistem patriarkal memerlukan usaha yang integratif antara pembacaan semula teks suci yang kontekstual dan transformasi sosio-budaya yang selari dengan semangat Al-Quran yang bersifat universal.
Subjects

Patriarki

Masyarakat Melayu

Al-Quran

Gender.

Patriarchy

Malay Society

File(s)
Loading...
Thumbnail Image
Name

Sistem Patriarkal dalam Masyarakat Melayu di Malaysia dan Panduan Penyelesaian Menurut Perspektif Al-Quran.pdf

Size

220.51 KB

Format

Adobe PDF

Checksum

(MD5):82c1602f59fe2b444ead0c8242669192

Welcome to SRP

"A platform where you can access full-text research
papers, journal articles, conference papers, book
chapters, and theses by USIM researchers and students.”

Contact:
  • ddms@usim.edu.my
  • 06-798 6206 / 6221
  • USIM Library
Follow Us:
READ MORE Copyright © 2024 Universiti Sains Islam Malaysia