Publication: Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah Melalui Model Psikospritual Holistik: Kajian Kes di Inabah Labu
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Academic Inspired Network
Abstract
Saban tahun, statistik menunjukkan kadar peningkatan jumlah penagih dadah adalah membimbangkan. Hal ini menjadi pendorong kepada kerugian besar sesebuah negara. Tidak hanya di negara Malaysia khususnya, kebimbangan ini juga dihadapi oleh setiap negara tidak kira samada negara maju atau mundur. Penyalahgunaan dadah ini merupakan masalah sosial dan menjadi faktor utama kepada kerugian sesebuah negara. Ini kerana, dana negara telah banyak dihabiskan untuk mengekang masalah ini, namun hasil yang didapati tidak mencapai sasaran yang diinginkan. Bagi mengekang masalah ini dari terus berlarutan, aspek akidah dipercayai merupakan komponen terpenting dalam merawat dan memulih masalah ketagihan dadah bagi seseorang individu. Hal ini kerana akidah merupakan kunci utama hubungan dan keyakinan umat Islam kepada Allah SWT. Justeru, artikel ini bertujuan mengenalpasti kaedah pemulihan dadah berasaskan metode Islam yang menggunakan aspek akidah seperti zikir kalimah thaiyibah dan sebagainya. Di samping itu, kajian ini juga mengenal pasti keberkesanan kaedah tersebut dalam pemulihan yang dijalankan. Kajian ini menggunakan kaedah analisa kualitatif berdasarkan hasil pemerhatian dan temubual bersama beberapa tenaga pengurusan pusat pemulihan. Dapatan kajian menunjukkan elemen penghayatan akidah iaitu kefahaman, perasaan dan amalan, kepercayaan, pengharapan, pengawasan, konsep balasan, nilai ketaatan, pengawasan, kepatuhan serta pengurusan diri menyumbang kepada daya tahan individu. Oleh yang demikian, elemen-elemen ini hendaklah digunakan dan dilaksana sebagai strategi pencegahan dadah dalam program rawatan dan pemulihan di negara ini.
Description
Volume: 7 Issues: 50 [November, 2022] Special Issues pp. 151 - 166
Keywords
Terapi, Dadah, Akidah, Remaja
Citation
Salaeh, A., Syed Hasin, S. N., Mohd, M. Z., Saidin, M., Mohamed Yusoff, A., & Yahya, M. (2022). Terapi Penagihan Dadah Berasaskan Akidah Melalui Model Psikospritual Holistik: Kajian Kes Di Inabah Labu. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 7(50), 151 - 166.