Publication:
Etnosentrisme: Analisis Bibliometrik

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Makalah ini adalah bertujuan untuk meninjau trend literatur berkaitan isu etnosentrisme dari 2019-2025 menggunakan analisis bibliometrik. 802 jurnal artikel berstatus Scopus telah dianalisis menggunakan VOSviewer versi 1.6.19 bagi melihat trend perbincangan isu etnosentrisme ini berlaku secara global. Kriteria pemilihan artikel ialah diterbitkan dalam lima tahun terkini (2019-2023); terhad kepada bidang sains sosial, kesenian dan kemanusiaan serta psikologi; berbahasa Inggeris dan Melayu. Dapatan menunjukkan kata kunci etnosentrisme pengguna (consumer ethnocentrism) dan rasis adalah kata kunci yang terbanyak digunakan dan artikel jurnal tentang isu etnosentrisme banyak berlaku di negara Amerika Syarikat. Malaysia juga antara merupakan negara yang menyumbang kepada perbahasan isu etnosentrisme ini. Justeru, isu ini tidak boleh dipandang enteng terutamanya dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama dan budaya seperti Malaysia.

Description

E-Proceedings (Extended Abstract) Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 : “Peneraju Sains Islam di Persada Antarabangsa”/Editors : Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali, Wan Muhammad Shaker Bin Wan Adnan, Syed Najihuddin Bin Syed Hassan 19 Disember 2023 Anjuran: Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM dan Institut Fatwa dan Halal (iFFAH)

Keywords

rasis, bibliometrik, kepelbagaian kaum, Malaysia

Citation

Mohd Dali, N. R.S, Wan Adnan , W.M.S , Syed Hassan, S.N (Eds.). (2023). In E-Proceeding (Extended Abstract) SAIS 2023 Seminar Antarabangsa Islam dan Sains 2023 (pp. 1–135). Penerbit USIM.