Options
Penerimaan Pelajar Terhadap Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi Sepanjang Pandemik Covid-19
Date Issued
2020-10-15
Author(s)
Muhammad Izuan Abd Gani
Nur Aina Abdulah
Nur Hafizah Abd Aziz
Abstract
Penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah membuka lembaran baharu dalam kaedah pengajaran dan Pembelajaran (PdP), di mana penggunaan teknologi pendidikan dilihat sangat signifikan sebagai alternatif kepada kelangsungan aktiviti pendidikan dalam waktu krisis. Dalam konteks pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi, Microsoft Teams telah digunakan sebagai medium pembelajaran. Meskipun Microsoft Teams dilihat sebagai satu medium yang baik pada pandangan guru, namun keberkesanan PdP tetap bergantung kepada penerimaan pelajar dalam penggunaannya. Justeru, artikel ini bertujuan ingin meninjau penerimaan pelajar terhadap penggunaan Microsoft Teams dari sudut kemudahgunaan, kebolehgunaan serta sikap dan niat. Artikel ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang dianalisa secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa penerimaan pelajar adalah pada tahap sederhana dalam penggunaan Microsoft Teams. Sehubungan itu, beberapa penilaian perlu dibuat berkaitan dengan material serta teknik pengelolaan kursus dengan mengimbangi antara teknologi dan faktor kemanusian agar ia lebih realistik.
Subjects
File(s)![Thumbnail Image](https://oarep.usim.edu.my/server/api/core/bitstreams/2b1222a0-6e71-49dd-8348-b1c51d52dcb8/content)
Loading...
Name
PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN MICROSOFT TEAMSDALAM PEMBELAJARANBAHASA ARABKOMUNIKASI SEPANJANG PANDEMIK COVID-19.pdf
Size
535.1 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):c26c545541cfdbb6311ef77d291a6083