Publication: Pengetahuan Masyarakat Islam Terhadap Perceraian Luar Mahkamah Di Daerah Tampin, Negeri Sembilan
dc.contributor.author | Berhan, A. | en_US |
dc.contributor.author | Wan Ismail, W. A. F. | en_US |
dc.date.accessioned | 2024-05-30T02:15:29Z | |
dc.date.available | 2024-05-30T02:15:29Z | |
dc.date.issued | 2016 | |
dc.description.abstract | Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 2003 (EUUKINS), setiap perceraian orang Islam yang berlaku di Negeri Sembilan hendaklah didaftarkan di bawah undang-undang yang telah dikuat kuasakan. Malah, penceraian yang berlaku di luar mahkamah merupakan suatu kesalahan undang-undang yang boleh dikenakan hukuman apabila disabitkan oleh Mahkamah Syariah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor dan punca-punca dari aspek pengetahuan masyarakat sehingga berlakunya perceraian di luar mahkamah (CLM) dalam kalangan pasangan suami isteri yang beragama Islam di Daerah Tampin. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dan sampel kajian adalah seramai 100 pasangan. Pasangan tersebut merupakan sebahagian daripada pasangan yang mengikuti sesi runding cara bagi masalah rumah tangga dan yang mendaftar perceraian di Pejabat Agama Islam Daerah Tampin (PAIDT). Analisis deskriptif dijalankan dengan melibatkan min dan sisihan piawai untuk menentukan tahap pengetahuan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengetahuan masyarakat Islam Tampin terhadap undang-undang perceraian di luar mahkamah (CLM) berada pada tahap sederhana sederhana (min = 3.33 dan sp = 0.55). Justeru, diharapkan hasil kajian ini mampu memberi implikasi terhadap pengetahuan yang lebih baik masyarakat Islam terhadap undang-undang perceraian di luar mahkamah (CLM) serta menjadi satu bahan untuk rujukan bagi pihak berkuasa agama seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Kehakiman Syariah, dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID). | en_US |
dc.identifier.epage | 124 | |
dc.identifier.issn | 2590-4396 | |
dc.identifier.issue | 1 | |
dc.identifier.spage | 104 | |
dc.identifier.uri | http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/17 | |
dc.identifier.uri | https://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/15723 | |
dc.identifier.volume | 4 | |
dc.language | Malay | |
dc.publisher | Universiti Sains Islam Malaysia | en_US |
dc.relation.ispartof | Malaysian Journal of Syariah and Law | en_US |
dc.source | Open Journal Systems | |
dc.subject | Perceraian | en_US |
dc.subject | undang-undang | en_US |
dc.subject | Mahkamah Syariah | en_US |
dc.subject | pengetahuan masyarakat | en_US |
dc.title | Pengetahuan Masyarakat Islam Terhadap Perceraian Luar Mahkamah Di Daerah Tampin, Negeri Sembilan | en_US |
dc.type | Article | en_US |
dspace.entity.type | Publication |
Files
Original bundle
1 - 1 of 1
Loading...
- Name:
- Pengetahuan Masyarakat Islam Terhadap Perceraian Luar Mahkamah Di Daerah Tampin, Negeri Sembilan.pdf
- Size:
- 431.3 KB
- Format:
- Adobe Portable Document Format