Publication:
Pengaruh Perbezaan Realiti Ekonomi, Politik, Demografi dan Perundangan Terhadap Penetapan Fatwa di Malaysia dan Singapura

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Manusia sentiasa berhadapan dengan unsur-unsur perubahan dan perbezaan merentasi masa, tempat dan keadaan. Unsur-unsur ini meliputi pelbagai aspek kehidupan sama ada ekonomi, politik, sosial, budaya dan lain-lain yang melibatkan struktur, fungsi, lembaga, pandangan hidup dan sikap manusia dalam masyarakat. Setiap unsur-unsur ini mempunyai pengaruh yang memberi kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat manusia. Kesan ini turut melibatkan proses penetapan fatwa sebagai medium pemakluman hukum Islam terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat. Perbezaan yang wujud di antara Malaysia dan Singapura terutama yang menyentuh faktor sosio-ekonomi, sosio-politik, sosio-demografi dan sosio-perundangan yang melatari kehidupan masyarakat Islam dilihat cukup berpengaruh dan memberi kesan kepada penetapan fatwa di kedua-dua negara.

Description

Keywords

Perubahan, Perbezaan, Sosial, Fatwa, Malaysia, Singapura.

Citation