Publication:
Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwid

dc.contributor.authorZainora binti Dauden_US
dc.contributor.authorShaharuddin Saaden_US
dc.contributor.authorAhmad Shahir Masdanen_US
dc.date.accessioned2024-05-28T05:44:35Z
dc.date.available2024-05-28T05:44:35Z
dc.date.issued2017
dc.descriptionVolume : 10, Issues :2en_US
dc.description.abstractIlmu Tajwid merupakan ilmu yang berkaitan cara-cara sebutan hurufhuruf Hija’iyyah di dalam al-Quran serta hukum-hukum tajwid. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti latarbelakang pelajar dan mengkaji silibus ilmu tajwid yang dipelajari dan menganalisis tahap kefahaman responden di dalam pengajaran dan pembelajaran ilmu tajwid. Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang pelajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di bawah Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS), Selangor. Pengkaji menganalisis kajian ini dengan menggunakan peratusan dan kekerapan dalam silibus pengajian ilmu tajwid dan menggunakan peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai dan data kajian ini dianalisis berdasarkan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20.0. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif bersifat deskriftip melalui kaedah tinjauan semasa dengan menggunakan metode soal selidik lima pilihan berskala likert, temu bual semi semi struktur, pemerhatian dan ujian tilawah al-Quran. Kesemua instrumen pengutipan data telah disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa antara tahap penguasaan yang paling tinggi dicapai oleh responden dalam ilmu tajwid ialah item bab Mad Asli (min5.00, sp=0.00) dengan responden 100% sangat setuju, item bab Alif Lam (min4.96, sp=0.18) dengan responden sangat setuju 96.7%, item pengenalan ilmu tajwid (min4.90, sp=0.40) dengan responden sangat setuju 93.3%, item bab Basmalah (min4.76, sp=0.81) dengan responden sangat tidak setuju 90.0%, item bab hukum nun Sakinah dan Tanwin (min4.60, sp=1.06) dengan responden sangat bersetuju 83.3%, item bab Izhar Halqi dengan kadar bacaan dengung (min4.36, sp=1.37) dengan responden sangat tidak setuju 80%, item bab hukum Mim Sakinah (min4.13, sp=0.29) dengan responden sangat setuju 73.3% dan item bab bacaan Riwayat Imam Hafs (min4.23, sp=1.22) dengan responden sangat setuju 63.3%. Kesimpulannya menunjukkan min keseluruhan item ialah min 4.19 dan sisihan piawai=0.97 iaitu berada pada tahap tinggi, tetapi terdapat min bagi item-item bab hukum mempelajari ilmu tajwid (min2.06, sp=1.38) dengan responden amat setuju 50% dan kadar harakat Mad Far’ie (min2.96, sp=1.75) dengan responden amat setuju 36.7% berada pada tahap sederhana rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap penguasaan para pelajar di tahap yang memuaskan tetapi memerlukan pemurnian di teori-teori ilmu tajwid yang merangkumi bab hukum bacaan al-Quran serta bab Mad Far’ie supaya bacaan al-Quran dapat dinaqalkan secara talaqqi dan musyafahah dengan shahih sebagaimana Rasulullah SAW.en_US
dc.identifier.epage151
dc.identifier.issn1823-7126
dc.identifier.issue2
dc.identifier.spage141
dc.identifier.urihttp://journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2018/01/10.02.10.pdf
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/6253
dc.identifier.volume10
dc.language.isootheren_US
dc.publisherFakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUISen_US
dc.relation.ispartofJurnal Pengajian Islamen_US
dc.subjectTahap, Penguasaan, Tajwid, PITAS, Naqalen_US
dc.titleSekolah Tahfiz Swasta Di Selangor: Satu Kajian Rintis Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwiden_US
dc.title.alternativePrivate Tahfiz School In Selangor: A Pilot Study On The Mastery Of Ilmu Tajwiden_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Sekolah Tahfiz Swasta Di Selangor Satu Kajian Rintis Terhadap Penguasaan Ilmu Tajwid.pdf
Size:
170.23 KB
Format:
Adobe Portable Document Format