Publication:
Konsep Raḥmatan Li Al-ʿālamīn Dalam Akidah : Kurniaan Akal Untuk Memahami Taṣawwur Dan Taṣdīq Sifat-Sifat Allah Swt

Loading...
Thumbnail Image

Date

2020-11-04

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Akidah and Religion Studies Programme ,Faculty of Leadership and Management, USIM

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Akal merupakan suatu kurniaan Allah SWT kepada manusia supaya dapat berfikir dengan jelas tentang kejadian alam. Bahkan kurniaan akal tersebut diberikan kepada orang yang beriman kepada Allah SWT ataupun tidak sebagai rahmat daripadaNya. Oleh itu, makalah ini membahaskan konsep raḥmatan li al-ʿālamīn dalam akidah menerusi peranan akal yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada seluruh manusia untuk memahami secara terperinci taṣawwur dan taṣdīqnya sifat-sifat Allah SWT. Hal ini kerana setiap dalil yang dikemukakan bagi membuktikan pensabitan sifat-sifat Allah SWT ini sebahagiannya melalui dalil akal. Kajian berbentuk kualitatif ini mengaplikasikan kaedah dokumentasi dan analisis data dalam mengenal pasti peranan akal dalam akidah serta segala sifat SWT sama ada secara taṣawwur mahupun taṣdīq menerusi dalil tafṣīlī. Skop perbincangan akan menfokuskan terhadap peranan akal dalam akidah sebagai teras raḥmatan li al-ʿālamīn menerusi akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamaʿah. Kemudian, disusuli dengan perbahasan secara taṣawwur dalam induk sifat-sifat Allah SWT serta elemen taṣdīq dalam pensabitan dalil bagi segala sifat Allah SWT. Hasil kajian mendapati bahawa Allah SWT tidak membataskan nikmat akal itu kepada orang yang dicintaiNya atau orang yang beriman sahaja bahkan dikurniakan juga kepada orang kafir yang mengingkarinya daripada kalangan manusia sebagai tanda rahmat Allah SWT kepada sekalian alam.

Description

E-Proceedings Of The International Conference On Aqidah, Religions And Social Sciences (SIGMA10) “ Towards Peaceful Co-Existence And Excellence Of Ummah : An Implication Of Rahmatan Lil’Alamin” Organized by: Akidah and Religion Studies Programme, Faculty of Leadership and Management 4th November 2020.  Editors: Mohd Radhi Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Rosidayu Sabran, Nik Suhaida Nik Abdul Majid, Najib Sheikh Abdisamad, Mohd Hamidi Ismail, Yuseri Ahmad

Keywords

Akal, Raḥmatan li al-ʿĀlamīn, taṣawwur, taṣdīq, Sifat-Sifat Allah SWT.

Citation