Options
Zakat Sebagai Instrumen Ibadah dan Sosial di Malaysia
Date Issued
2025
Author(s)
Mohamad Qamarulzaman Bin Mohamad Zani
Muhamad Azhad Al-Bohari
Abstract
Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai ibadah individu, tetapi juga sebagai mekanisme pembangunan masyarakat secara holistik. Artikel ini mengupas kedudukan zakat dari dua dimensi utama: pertama, sebagai ibadah spiritual yang menyucikan harta dan jiwa; dan kedua, sebagai alat strategik dalam mencapai matlamat Maqasid Syariah khususnya dari sudut perlindungan harta, nyawa dan kesejahteraan sosial. Melalui analisis sejarah dan pelaksanaan zakat di zaman Nabi SAW sehingga ke konteks moden di Malaysia, artikel ini menekankan kepentingan sistematik dalam pengurusan zakat, termasuk cadangan pemindahan lebihan zakat antara negeri bagi menyeimbangkan keperluan asnaf. Hasil dapatan mendapati bahawa pendekatan zakat yang menepati prinsip Maqasid Syariah mampu menjadi tonggak kepada sistem agihan kekayaan yang adil, memperkukuh solidariti umat, serta menangani ketidakseimbangan ekonomi. Justeru, artikel ini mencadangkan agar dasar pelaksanaan zakat diperluas dan diperhalusi agar lebih sejajar dengan objektif maqasid syariah dalam membentuk masyarakat Islam yang adil, berdaya tahan dan sejahtera secara rohani dan material.
File(s)
Loading...
Name
Zakat Sebagai Instrumen Ibadah dan Sosial di Malaysia.pdf
Size
400.41 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):3f96f0103e6a3a928d5c2ca81419f95c