Publication: Sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama
Loading...
Date
2016
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam, KUIS
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 43 orang belia di salah sebuah IPT, di Malaysia. Kajian ini bertujuan meninjau latarbelakang belia terhadap pemikiran tidak beragama serta menganalisis aspek sikap golongan belia Islam. Reka bentuk kajian ini iaitu kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik yang telah dibina oleh kumpulan penyelidik dan kandungannya telah disahkan oleh panel pakar. Kebolehpercayaan instrumen kajian berdasarkan nilai Cronbach Alpha yang mencapai tahap ? = 0.81 adalah tinggi. Dapatan analisis menunjukkan tahap penghayatan belia berada di tahap yang baik dengan majoriti belia menunjukkan sikap yang amat prihatin tentang Islam serta minat dalam progrm-program keagamaan ditambah dengan tahap pengetahuan dan peranan media massa. Dapatan kajian analisis kajian juga menunjukkan bahawa sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama berada di tahap skor min rendah iaitu (min = 1.28, sp = 0.31). Namun begitu hanya terdapat beberapa item yang menunjukkan sikap negatif belia terhadap pemikiran tidak beragama. Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa tahap sikap belia yang rendah terhadap pemikiran tidak beragama tidak dipengaruhi daripada latarbelakang belia, walau bagaimana pun aspek umur mempengaruhi sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama.
Description
Keywords
Malaysia, Belia, Sikap, Pemikiran, Agama
Citation
Daud, Z., Mohd. Salleh, N., Mohd. Haridi, N., & Ismail, A. M. (2016). Sikap belia terhadap pemikiran tidak beragama: The Attitudes of Youth Towards Non Religious Thinking. Al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, 1(1), 1-12. https://doi.org/10.53840/alirsyad.v1i1.30