Publication:
Tahap Perubahan Klien Selepas Menjalani Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan Di Klinik C&C1M

dc.contributor.authorKhairunneezam Mohd Nooren_US
dc.contributor.authorAmin Al Haadi Shafieen_US
dc.contributor.authorMohamad Isa Amaten_US
dc.contributor.authorAdam Fariz Mohd. Zainen_US
dc.contributor.authorAbd. Halim Mohd. Husinen_US
dc.contributor.authorMohd. Rushdan Mohd. Jailanien_US
dc.contributor.authorMohd. Rafidi Jusohen_US
dc.date.accessioned2024-05-30T09:03:54Z
dc.date.available2024-05-30T09:03:54Z
dc.date.issued2015
dc.description.abstractBermula pada 2010, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah melakukan transformasi bagi program rawatan dan pemulihan penagih dadah dengan menubuhkan Klinik Cure and Care 1Malaysia (C&C1M). Daripada pendekatan yang berbentuk regimented, tough and rugged, tiada pilihan dan berbentuk paksaaan secara perundangan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN), program rawatan dan pemulihan ini telah diubah kepada program yang mengguna pakai pendekatan berkonsep terbuka, prihatin, mesra, teraputik, program yang lebih berstruktur, sistematik, multiprogram serta mampu memenuhi keperluan kepulihan klien secara komprehensif. Kertas kerja ini merupakan sebahagian daripada hasil dapatan kajian Pengesanan Bekas Peserta Program Rawatan, Perubatan dan Pemulihan di Klinik Cure And Care 1Malaysia yang dilaksanakan pada tahun 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur Tahap Perubahan (Stage of Change-SoCS) klien selepas menjalani rawatan, perubatan dan pemulihan di Klinik C&C1M. Kajian deskriptif ini menggunakan instrumen SoCS versi Bahasa Melayu yang telah diedarkan kepada 473 responden yang merupakan antara klien yang terpilih melalui kaedah non-probability sampling oleh pihak AADK. Responden dipilih hanya dalam kalangan klien yang telah mengikuti salah satu pakej rawatan 30 hari, 60 hari atau 90 hari dari sepuluh C&C1M di Semenanjung Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa lebih separuh responden berada pada tahap Pertimbangan (Contemplation) dan hanya seorang responden Berjaya mencapai peringkat Pengekalan (Maintenance) berdasarkan skala Tahap Perubahan (SoCS). Ini memberi isyarat bahawa pakej rawatan yang dilalui oleh klien di C&C1M tidak memberi kesan yang mendalam dan tidak membantu responden dalam menghadapi relaps pada masa yang akan datang. Implikasi kajian dan cadangan untuk pihakpihak yang terlibat turut dibincangkanen_US
dc.identifier.epage97
dc.identifier.isbn978 967 440 246 4
dc.identifier.spage83
dc.identifier.urihttps://oarep.usim.edu.my/handle/123456789/18082
dc.language.isootheren_US
dc.relation.conferenceProceeding Prevent 2015 (International Drug Prevention And Rehabilitation Conference)en_US
dc.subjectKlinik CNC1M, Profile, Tahap Perubahan, Bekas Penagih Dadahen_US
dc.subjectDrug addictionen_US
dc.subjectDrug addiction--Treatment--Malaysiaen_US
dc.titleTahap Perubahan Klien Selepas Menjalani Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan Di Klinik C&C1Men_US
dc.typeArticleen_US
dspace.entity.typePublication

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Loading...
Thumbnail Image
Name:
Bab 10 Tahap Perubahan Klien Selepas Menjalani Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan Di Klinik C&C1m.pdf
Size:
389 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Plain Text
Description: