Options
Metode Penulisan Makhraj dan Sifat Huruf Dalam Kitab Mawrid al-Zam’an
Date Issued
2021-08-17
Abstract
Pada hari ini banyak buku Tajwid yang berada di pasaran. Permintaan terhadap buku Tajwid adalah amat tinggi kerana ia menjadi modul kepada kelas-kelas al-Quran yang banyak dibuka di setiap kampung dan masjid. Sorotan sejarah mendapati kitab tajwid berbahasa melayu sudah lama dihasilkan oleh ulamak melayu dan antara yang sempurna penulisan dan masih diberi keutamaan ialah kitab Mawrid Zam’an. Kitab mawrid Zam’an dikarang oleh Syeikh Abdullah Muhammad Qasim Senggora diterbitkan 1315 Hijrah adalah antara kitab Tajwid yang terawal. Penulisan kitab ini meliputi kebanyakan bab ilmu tajwid. Manuskrip kitab ini dicetak oleh syarikat Khazanah Fataniah pada tahun 2004. Walaupun usia kitab ini melebihi seratus tahun tetapi sebahagian guru al-Quran masih menggunakanya dalam pengajaran Ilmu Tajwid. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metode penulisan yang dibuat oleh Syeikh Senggora khususnya dalam bab makhraj huruf dan sifat huruf. Selain itu ia juga melihat kepada rujukan dan kaedah memberi takrif kepada istilah ilmu Tajwid. Walaupun ramai yang tidak dapat membaca kitab ini kerana kekurangan naskhah dan bahasa yang digunakan adalah laras bahasa melayu lama tepai kajian ini mendapati kitab Mawrid al-Zam’an adalah kitab yang mempunyai kekuatan dalam menyatakan takrif istilah dalam ilmu tajwid dan menjadi rujukan dalam pengajaran oleh sebahgian guru yang mahir dengan laras bahasa kitab melayu lama.
Subjects
File(s)
Loading...
Name
Metode Penulisan Makhraj dan Sifat Huruf Dalam Kitab Mawrid al-Zam’an.pdf
Size
862.75 KB
Format
Adobe PDF
Checksum
(MD5):f33a67a0ac5d657185ffa30a353b7474