Publication: Institusi Zakat Dalam Mendepani Wabak Covid-19 Di Malaysia: Isu Dan Cadangan Garis Panduan
Loading...
Date
2020
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Institusi zakat merupakan institusi yang berperanan sebagai medium pengantara antara pembayar dan penerima zakat yang memainkan peranan penting untuk mengutip dan mengagihkan zakat secara efisien. Wajib bagi individu muslim yang cukup syarat untuk membayar zakat sama ada berakal, baligh atau mukallaf. Namun, dengan keadaan Malaysia yang dilanda wabak pandemik Covid-19, timbul pelbagai isu dari sudut muamalat, munakahat, ibadat termasuk juga zakat yang perlu dilihat dari sudut kedudukan hukumnya. Justeru, artikel ini bertujuan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan zakat dalam mendepani wabak Covid-19. Artikel ini juga akan mencadangkan garis panduan zakat bencana bagi penyakit berjangkit. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah dokumentasi dan pemerhatian dalam proses pengumpulan data. Hasil kajian mendapati bahawa isu keperluan ijtihad zakat Covid-19 perlu dilaksanakan segera bagi memastikan pengurusan dan pengagihan zakat dapat berjalan dengan lancar. Kajian juga mencadangkan bahawa perlunya satu garis panduan berkenaan zakat bencana bagi wabak penyakit berjangkit seperti Covid-19. Diharapkan kajian ini dapat memberikan panduan serta rujukan kepada institusi zakat mahupun organisasi tertentu dalam menguruskan hal ehwal berkaitan zakat sewaktu wabak. Kajian lanjutan berkaitan hukum dan garis panduan yang terperinci perlu dijalankan secara teliti
Description
Keywords
Isu-Isu, Covid-19, Garis Panduan.