Publication:
Analisis Literatur Sistematik Terhadap Peranan Penggunaan Logo Zakat Dalam Meningkatkan Kutipan Zakat Korporat Di Malaysia

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Kutipan zakat korporat tahunan menduduki tempat kedua tertinggi selepas zakat pendapatan. Ini menunjukkan terdapat ruang bagi membolehkan jumlah kutipan zakat korporat dioptimumkan melalui inisiatif yang berkesan. Bagi meningkatkan kadar kutipan zakat korporat, pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kini telah memperkenalkan penggunaan logo zakat terhadap syarikat-syarikat korporat yang membayar zakat korporat. Dengan itu, kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis berkenaan peranan penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kutipan zakat korporat di Malaysia dengan menggunakan analisis literatur sistematik. Kajian ini menggunakan kaedah PRISMA iaitu dengan membuat carian artikel di pangkalan data Scopus dan My Jurnal secara sistematik sepanjang tempoh bermula 2021 hingga 2022. Data yang dikumpul telah dianalisis dan direkodkan dalam carta alir PRISMA. Sejumlah 52 artikel jurnal yang terpilih berkaitan dengan topik telah dibincangkan oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati kesedaran pembayaran zakat korporat berlaku peningkatan melalui pengenalan penggunaan logo zakat seperti yang diperkenalkan oleh pihak LZNK dan MAIWP. Diharapkan penyelidikan ini dapat memberi gambaran dan perbincangan yang berguna serta menjadi rujukan kepada penyelidik dan ahli akademik yang lain berkenaan analisis sistematik terhadap penggunaan logo zakat dalam meningkatkan kadar kutipan zakat korporat dengan menggunakan metodologi PRISMA.

Description

Keywords

Peranan, Penggunaan, Logo Zakat, Kutipan, Zakat Korporat

Citation