Publication: Penggunaan Hadith Nabi Dalam Penulisan: Analisis Terhadap Karya Karya Golongan Liberal Dan Pengaruhnya Dalam Media Sosial
Loading...
Date
2018-06
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Universiti Sains Islam Malaysia
Abstract
Kertas kerja ini merupakan satu kajian ke atas hadis-hadis Rasulullah SAW
yang digunapakai oleh golongan liberal dalam penulisan karya mereka. Ia menjadi
salah satu wasilah penyebaran pemikiran liberal yang satu aliran berfikir baru dalam
kalangan umat Islam. Golongan liberal mempunyai fahaman dan pandangan mereka
yang tersendiri terhadap al-Quran dan hadis dalam setiap penghujahan. Penulisan
terhadap penghujahan Islam Liberal terhadap al-Quran telah banyak diperkatakan
dan dibincangkan berbanding penulisan Islam liberal terhadap hadis. Justeru, kertas
kerja ini bertujuan menganalisis penulisan yang ditulis oleh golongan Islam liberal
terhadap hadis-hadis Nabi SAW serta pengaruh penulisan tersebut dalam media
sosial. Medium ini menjadi platform golongan liberal sebagai modus operandi
meningkatkan lagi kuantiti pengikut serta meluaskan lagi ideologi pemikiran
mereka. Keadaan ini berikutan peningkatan rakyat Malaysia yang menjangkau lebih
daripada 18 juta pengguna tegar media sosial terutamanya akaun facebook dan blog.
Ia dilihat lebih mudah dalam menyampaikan maklumat serta berkongsi apa sahaja
fahaman tanpa ada sekatan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan analisis
dokumen setelah data dikumpulkan daripada kajian kepustakaan. Kajian kualitatif
ini mengadaptasikan kaedah sejarah dan kajian teks dalam usaha untuk menilai
keabsahan pendekatan dan hujah yang dikemukakan oleh para pendukung
liberalisme terhadap kedudukan hadis Nabi SAW yang bukan sahaja diperkecil
bahkan turut dinafikan peranan dalam penulisan-penulisan sahaja sebagai sumber
kedua terpenting dalam agama Islam selepas al-Quran al-Karim.
Description
JOHS Vol 3. No 1. June 2018
Keywords
Hadith, Penulisan, Golongan Liberal, Media Sosial