Publication: Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa
Loading...
Date
2022
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Gastronomi secara mudahnya difahami sebagai suatu bidang yang membicarakan tentang makanan dan pemakanan dalam kehidupan manusia. Tafsiran umum para pengkaji merumuskan gastronomi sebagai “food Knowledge”. Oleh kerana tanggapan umumnya adalah pengetahuan tentang makanan, maka gastronomi sering dikaitkan dengan bidang kulinari atau masakan. Perspektif sejarah merumuskan gastronomi sebagai suatu fenomena sosial yang mendapat perhatian para pemikir, pengamal kulinari dan juga masyarakat umum bermula pada awal abad ke 19. Perspektif akademik mengembangkan pemahaman gastronomi sebagai cabang ilmu yang boleh diteroka melalui penyiasatan secara saintifik. Banyak lagi pandangan dan justifikasi yang berbeza tentang bidang ini. Jean Anthelme Brillat-Savarin (1755-1826) memulakan usaha formal terhadap bidang gastronomi yang kemudian telah membuka jalan untuk kajian seterusnya. Pendekatan pelbagai disiplin ilmu dalam kajian gastronomi yang diperkenalkan oleh beliau telah menyebabkan bidang tersebut semakin mendapat perhatian. Kepentingan bidang tersebut mula dilihat dalam bentuk yang lebih dinamik serta tidak terhad kepada kajian kulinari semata-mata. Kajian kontemporari bidang ini lebih cenderung meneroka ilmu gastronomi dalam perspektif saintifik. Penulisan ringkas ini cuba membawa sorotan perkembangan bidang kajian gastronomi berdasarkan perbincangan dan wacana akademik yang lepas serta berdasarkan perkembangan semasa.
Description
Vol. 7 No. 1 (2022): Jurnal Sains Insani
Keywords
Pendekatan Saintifik, gastronomi, molecular., Scientific, gastronomic, molecular approach, culinary;
Citation
Mat Yacob, S. N. B., Mohd Tohar, S. N. A., & Muda, K. (2022). Pendekatan Ilmu Saintifik dalam Trend Gastronomi Semasa: A Scientific Approach in the Gastronomic Current Trend. Sains Insani, 7(1), 99-104. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol7no1.163