Publication: Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program I-Think Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Loading...
Date
2021
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Program i-THINK adalah satu program hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir di kalangan para pelajar ke arah menghasilkan para pelajar berinovatif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran di dalam program i-THINK bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar tahun 5 dalam subjek Pendidikan Islam di bawah topik Tayammum. Peta pemikiran i-THINK berbentuk peta buih berganda telah dipilih untuk digunakan untuk kajian ini. Pelbagai teknik kajian digunakan untuk memperolehi data iaitu temubual, soal selidik dan ujian pra dan ujian pasca. Hasil kajian mendapati dengan penggunaan peta pemikiran i-THINK ini, minta para pelajar terhadap pembelajaran meningkat dan secara tidak langsung ia membantu mencetuskan inovasi dan kreativiti di kalangan para pelajar. Sekali gus, ini meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mereka.
Description
Vol. 6 No. 1 (2021): Jurnal Sains Insani
Keywords
Program i-THINK, Peta buih, KBAT
Citation
Zakaria, Z. A., Abdullah, N. ., Ahmad Mahir, N., Selamat, S. ., & Md Bahir, K. . (2021). Kesan Penggunaan Peta Pemikiran Dalam Program i-THINK Terhadap Peningkatan Tahap Penguasaan Pelajar Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam: The Effects of Thinking Map in i-THINK Program to Increase the Students’Level of Understanding of the Pendidikan Islam Subject. Sains Insani, 6(1), 150-154. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol6no1.267