Publication: Pengajian Tafsir Al-Quran Sorotan Aliran Klasik dan Moden
Loading...
Date
2020-11
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
USIM Press
Abstract
Para Sahabat dan generasi seterusnya mengambil tanggungjawab menerangkan makna al-Quran kepada masyarakat dan mentafsirkannya selepas kewafatan Rasulullah SAW. Perkembangan tafsir al-Quran terus subur dalam lipatan sejarah selama berabad dan generasi hingga perpustakaan tafsir dipenuhi dengan pelbagai jenis tafsir mengikut madrasah dan aliran. Objektif artikel ialah menyoroti aliran klasik dan moden yang terdapat dalam pengajian tafsir menggunakan pendekatan kajian perpustakaan. Hasil kajian mendapati aliran yang wujud dalam pengajian tafsir ialah; lughawi, fiqhi, ‘ilmi, ‘aqdi/kalami, falsafi, adabi ijtima’i dan al-da‘awi al-haraki.
Description
Vol. 5 No. 2 (2020): Jurnal Sains Insani
Keywords
tafsir, moden, klasik, aliran tafsir
Citation
Ahmad Hilmi, A. B., Mohd Yusoff, M. Y. @ Z. ., & Amir, S. (2020). Pengajian Tafsir Al-Quran: Sorotan Aliran Klasik dan Moden. Sains Insani, 5(2), 43-50. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol5no2.158