Publication:
Nama Haram Tapi Produk Halal: Pandangan Dari Perspektif Undang-Undang Malaysia Dan Hukum Islam

Research Projects

Organizational Units

Journal Issue

Abstract

Nama melambangkan identiti sesuatu benda. Dalam industri makanan, hal ini sangat berkait rapat dengan pengaruh komersial bagi satu-satu produk. Berikutan itu, pemilihan nama produk penting bagi tujuan penjenamaan dan pemasaran. Walau bagaimanapun, terdapatpihak yang menggandingkan unsur-unsur haram dan halal dalam pemilihan nama produk seperti Hotdog, Beerdan sebagainya. Penggabungan nama seperti ini bagi produk halal menjadi pertikaian dalam kalangan ulama dan pengguna kerana mendatangkan kekeliruan terhadap status halalnya. Sehubungan dengan itu, kajian ini membahas status penamaan sesuatu produk halal yang digandingkan dengan nama yang mempunyai unsur haram dari perspektif kerangka nas al-Quran dan hadis, perundangan halal negara dan hukum Islam. Kajian kepustakaan dan analisis dokumen digunakan untuk mendapatkan maklumat kajian. Hasil kajian mendapati konsep halal yang ditakrifkan di bawahkerangka perundangan halal negara sangat terhad dan hanya terpakai kepada kandungan makanan, barangan atau perkhidmatan sahaja. Malahan terdapat juga kelompongan terhadap kuasa agensi yang berkaitan dalam memastikan penggunaan nama yang bersesuaian yang selari dengan prinsip syariah dalam menjamin pematuhan konsep halalan tayyibansecara kolektif bagi satu-satu produk halal

Description

Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) Volume 12 Issue 1 Page (157-173)

Keywords

Penamaan, Produk halal, Halalan Tayyiban, Penjenamaan, Patuh Syariah

Citation

Md Ariffin, M. F., Mohamad Riza, N. S., Hamdan, M. N., Md Radzi, M. S. N., Abdul Rahman, N. H., & Abdul Hamid, M. F. (2024). NAMA HARAM TAPI PRODUK HALAL: PANDANGAN DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG MALAYSIA DAN HUKUM ISLAM: HARAM NAME FOR HALAL PRODUCT: A VIEW FROM THE PERSPECTIVE OF MALAYSIAN LAW AND ISLAMIC LAW. Malaysian Journal of Syariah and Law, 12(1), 157–173. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol12no1.541